Memaparkan catatan dengan label ceo mrt letak jawatan melayu hebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceo mrt letak jawatan melayu hebat. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

Dato Azhar Adalah Anak Angkat..!


Muka pun boleh nampak bahawa dia adalah anak angkat..! anak orang lain..! anak jati Jepun..! Sebab itu keberanian dan kebertanggungjawaban yang beliau miliki susah nak di mengertikan sebagai anak Melayu..!

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Azhar Abdul Hamid meletak jawatan berikutan insiden runtuhan di tapak projek MRT di Kota Damansara pada malam Isnin.

Insiden itu meragut tiga nyawa.

"Pada esok, saya bukan lagi CEO syarikat ini," katanya pada sidang media di tapak MRT di sini pada Selasa.

Azhar berkata, beliau sentiasa mementingkan langkah-langkah keselamatan yang ketat di tapak MRT tetapi insiden seperti itu berulang lagi.

"Saya sudah melakukan yang terbaik, tetapi saya ternyata gagal dan oleh itu saya akan berundur dari jawatan saya.

"Saya dimaklumkan beberapa langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi oleh sub-kontraktor dan jika itu adalah puncanya, saya akan memastikan MRT Corp tidak bekerjasama dengan mereka semula," katanya.

Beliau berkata, walaupun beliau sudah meletak jawatan, beliau akan mengikuti perkembangan kes tersebut dan memastikan keluarga mangsa diberikan keadilan.
Sementara itu, difahamkan Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan dan Pengurusan Tanah MRT Corp, Haris Fadzilah Hassan akan mengambil alih jawatan tersebut sehingga kerajaan melantik CEO yang baharu.
Terdahulu, dalam satu kenyataan, MRT Corp mengesahkan bahawa landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu dijalankan.
Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter seberat 490 tan.

MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja yang terperangkap adalah warga Bangladesh iaitu Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

Jari beliau diatas pun tidak menuding kepada orang lain..! cuba kita tengok Melayu lain jika ditimpa musibah..! mesti sudah digariskan siapa yang salah..! salah menyalah pasti berlaku..!

Syabas Azhar kerana masih wujud lagi dalam diri anak jati Melayu sifat berani, amanah, bertanggungjawab serta mengakui kesilapan..! Ini lah sifat Melayu sejati..! sifat Panglima..!

Yang ada sekarang banyak bersifat hamba..!

Lu Fikir La Sendiri!!!