Memaparkan catatan dengan label de caprio 1mdb najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label de caprio 1mdb najib jahanam. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Oktober 2016

VIDEO Malam Minggu ~ Pengampu Jangan Tengok..!


Layan...



Tekanan terus memuncak..!

Transparency International (TI) sedang melobi bintang filem Hollywood Leonardo DiCaprio untuk menggunakan kuasanya untuk memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.
Penyelaras serantau TI bagi Asia Pasifik, Samantha Grant berkata DiCaprio boleh melakukan ini dengan menandatangani deklarasi menentang rasuah.
Ini, katanya, akan memasksa bintang itu membuat pengakuan bahawa dirinya tidak menerima sogokan dan berkempen menentang rasuah serta melaporan sebarang salah-laku rasuah.
"Kita hidup dalam dunia yang sangat menarik, jadi dengan Leonardo DiCaprio berkata secara terbuka bahawa ini tidak okay, beliau sebenarnya meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri Najib.
“Rakyat Malaysia akan mendengar jauh lebih kuat," katanya yang dipetik oleh Hollywood Reporter yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Grant berkata, langkah ini juga akan membantu melindung imej DiCaprio sebagai seorang aktivis alam sekitar.
NGO Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland pada 14 Oktober lalu, menggesa DiCaprio untuk meletakkan jawatan sebagai utusan pendamai Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim jika beliau gagal menjauhkan diri daripada skandal 1MDB.
Ia juga menggesa DiCaprio untuk kembali apa-apa wang yang dikaitkan dengan 1MDB.
DiCaprio terjebak dengan skandal 1MDB melalui kerjasamanya dengan Red Granite, yang ditubuhkan bersama dengan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.
Syarikat itu dituduh dibiayai oleh dana yang diselewengkan dari 1MDB, termasuk untuk penerbitan filem The Wolf of Wall Street yang dibintangi oleh DiCaprio.
Benda salah..! dimana pun tetap salah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 20 Oktober 2016

Duit Curi Memang Panas..!


Duit hasil dari cara yang salah..! mana ada keberkatan..!

Leonardo DiCaprio sedia pulangkan derma jika dari 1MDB

NEW YORK, 18 Muharram 1438H, Rabu – Bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio berjanji untuk memulangkan semula derma diperoleh menerusi filem ‘Wolf of Wall Street’ sekiranya didapati berasal daripada penyelewengan syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB.
Menerusi kenyataan wakilnya, DiCaprio difahamkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyiasat sama ada wang tersebut datang dari sumber yang boleh dipersoalkan.
“Beliau serta merta mengarahkan wakilnya menghubungi Jabatan Kehakiman bagi menentukan sama ada beliau atau yayasannya, Yayasan Leonardo DiCaprio (LDF), pernah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan kebajikan secara langsung atau tidak yang berkait dengan pihak yang dinamakan.
“Sekiranya ada, beliau akan mengembalikan hadiah atau sumbangan itu secepat mungkin,” kata wakil DiCaprio.
Julai lalu, saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mendakwa sebuah syarikat penerbitan Hollywood menggunakan AS$100 juta daripada dana 1MDB bagi membiayai filem dibintangi DiCaprio, The Wolf of Wall Street.
Susulan itu pada Ogos, Hollywood Reporter pula melaporkan yayasan tersebut menerima dana AS$2 juta tunai dan sumbangan lain daripada salah seorang rakyat Malaysia yang dinamakan dalam saman DoJ dan terlibat dalam penubuhan 1MDB. -Agensi
Manusia yang berani bukan kerana dia kuat..! tapi kerana dia tahu mana yang betul mana yang salah..!
Soalnya..?

BAGUSNYA LEONARDO DICAPRIO, MO1 TAK MAHU PULANGKAN JUGA KE??


Antara pihak yang turut dikaitkan pernah menerima dana 1MDB yang dilencongkan ialah pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio melalui yayasan miliknya, Lepnardo DiCaprio Foundation.

Dalam reaksi melalui wakilnya mengenai siasatan pelbagai negara berkaitan penggubahan wang haram terhadap syarikat pelaburan paling bermasalah yang ditubuhkan oleh Najib Razak, pemenang Oscar itu menyatakan beliau akan memulangkan wang yang pernah diterimanya jika ia didapati berpunca daripada 1MDB.

Kata wakil itu lagi, mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menentukan sama ada wang tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan dan jika ya, pemulangan akan dilakukan secepat mungkin.
Nampak jugalah bagusnya DiCaprio ini!!

Nama Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib turut disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS dengan didakwa menerima secara keseluruhan  wang AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta yang dipercayai berpunca daripada 1MDB melalui akaun peribadinya.

Pernah kita dengar Malaysian Official 1 berkata mahu memulangkan wang tersebut jika ia juga berpunca daripada 1MDB?

Walaupun bukan beragama Islam, suka berhibur dan selalu minum arak, tindakan Dicaprio sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana masih kenal antara wang halal dengan wang haram.

Tidak teringinkah Malaysian Official 1  mahu mengeluarkan kenyataan yang sama seperti DiCaprio? 


Berani???

Lu Fikir La Sendiri!!!