Memaparkan catatan dengan label dewan rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dewan rakyat. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2020

New Norm Sidang Dewan Rakyat

 


Keperluan semasa..!

Dewan Rakyat memutuskan persidangan Dewan Rakyat ditetapkan bermula 10 pagi hingga 2 petang bermula 9 November hingga 15 Disember ini.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Penyelarasan COVID-19 bersama ketua-ketua whip pada Rabu.
Jelasnya, perubahan waktu itu berikutan penularan COVID-19, berdasarkan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Selain itu, sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan ditetapkan pada Isnin hingga Rabu selama satu jam bermula 10 pagi hingga 11 pagi, sementara bagi Selasa dan Khamis sesi tersebut akan bermula selama 55 minit bermula 10.05 pagi hingga 11 pagi.
Katanya, hanya satu soalan tambahan sahaja dibenarkan dengan soalan yang seringkas yang boleh.
"Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri akan dilaksanakan pada Selasa dan Khamis selama lima minit dari jam 10 pagi.
"Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan akan membacakan soalan beliau dan Yang Berhormat Menteri berkenaan akan menjawab secara bertulis pada hari sama.
"Soalan dan jawapan tersebut akan disiarkan di portal Parlimen Malaysia secepat mungkin," katanya ketika membacakan Pemasyhuran daripada Yang Di-Pertua di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Mohd Rashid turut memaklumkan perbahasan di peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pula bersidang selama lapan hari iaitu bermula Isnin, 9 November hingga 12 November; dan 16 November hingga 19 November, 2020.
Sementara itu, Jawapan Menteri di peringkat Dasar kekal selama tiga hari iaitu 23 November hingga 25 November.
"Perbahasan di peringkat Jawatankuasa selama 11 hari iaitu Khamis, 26 November, 30 November, dan 1 hingga 15 Disember.
"Jumlah hari persidangan Mesyuarat Ketiga ini boleh ditambah sebanyak dua hari iaitu pada 16 dan 17 Disember sekiranya perlu," katanya.
Usul tersebut kemudian dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan disokong Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Masa yang pendek, jangan ramai ramai katanya...
Hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan memasuki sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada satu-satu masa bermula Jumaat (esok) iaitu pada sesi Pembentangan Belanjawan 2021.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, daripada jumlah tersebut, 41 mewakili Ahli Parlimen Kerajaan sementara 39 lagi mewakili Ahli Parlimen Pembangkang dan Bebas.
Langkah tersebut diambil sebagai usaha untuk mencegah penularan COVID-19. 
Penentuan Ahli Yang Berhormat yang boleh berada dalam Dewan ditetapkan oleh parti masing-masing.
"Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas tersebut kepada Yang Berhormat Kota Bharu selaraskan kehadiran di pihak Anggota Pentadbiran dan ahli-ahli backbenchers.
"Manakala, di pihak pembangkang, Kad Khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran Ahli-Ahli Pembangkang dan Bebas," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau menasihati Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan Kad Khas boleh merekodkan kehadiran di komputer riba masing-masing.
"Ahli-Ahli berhormat yang tidak diberikan Kad Khas pula boleh merekodkan kehadiran di Pintu 3 Blok Utama dan pintu masuk Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran dengan bantuan Bentara yang ditugaskan di kedua-dua pintu tersebut untuk mencatatkan kehadiran Ahli-ahli Berhormat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Rashid menyarankan supaya semua Ahli Parlimen supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang persidangan berlangsung.
Kita jaga kita..! Jaga siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!

Jumaat, 18 Mac 2016

Kecelaruan Minda..!


Celaru serba serbi..!

Bekas Naib Presiden PKR R Sivarasa hari ini mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menghalang soalan berhubung 1MDB dibangkitkan di Parlimen.
Anggota Parlimen Subang itu berkata, arahan untuk menghalang soalan tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat sepatutnya dikeluarkan oleh speaker dan bukan menteri.
"Arahan itu sepatutnya tidak datang daripada seorang menteri. Dia tidak mengendali Dewan Rakyat. Dia sekarang berkelakuan seperti Speaker," katanya.
Sivarasa berkata demikian di sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman memberitahu soalan berhubung derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi dibangkitkan di Parlimen.
Menurut Azalina, ia kerana perbincangan tersebut bersifat subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Apa lagi yang celaru mengenai Menteri ni?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 27 November 2013

Dewan Bisu..!


Hari ini Sidang Dewan Rakyat sekali lagi membuktikan bahawa mereka yang menjadi wakil kepada rakyat merupakan wakil wakil bisu yang hanya berkata dan berbahas diruang lingkup yang dibenarkan oleh kerajaan semata mata…!

Masa kerajaan tahu semua sebenarnya belum tamat dan semakin dibuktikan apabila semalam Dewan menolak membahaskan usul pengintipan keatas negara dan hari ini Dewan yang sama menolak untuk membahaskan usul para NGO biadap yang menggelarkan diri mereka comango..!

Soal rakyat kenapa ditolak? apakah kerajaan berpendapat Dewan yang Mulia yang diwakili oleh seluruh suara rakyat Malaysia itu tidak berhak untuk membahaskan usul penting terhadap sebuah persatuan yang cuba merosakkan Perlembagaan negara?

Apakah Dewan Rakyat tidak boleh bersuara, mendesak, membidas dan menyatakan bantahan majoriti rakyat yang menolak sebuah pertubuhan haram jadah yang mencabul roh dan semangat pembinaan negara Malaysia yang tercinta? 

Apakah tidak boleh Dewan Rakyat sebulat suara mencemuh dan menolak sebarang usaha mengganggu gugat keamanan dan kesetabilan sebuah negara aman, makmur dan merdeka?

Ini bukan masanya untuk kita bermain politik dan rasanya semua parti politik baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang tidak akan sesekali membenarkan sebarang asas pembinaan negara ini diancam dan terancam..! 

Kalau pembangkang nak berpolitik dan mempertahankan jugak budak budak Comango tu jelas la kepada rakyat Malaysia siapa yang boleh mempertahan serta diberikan amanah dan kepercayaan untuk menjaga kedaulatan negara tercinta ini..!

Apa masaalah?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) bagi membincangkan tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) membawa laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva.
   
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, usul itu ditolak kerana beliau difahamkan kerajaan telah mengambil maklum dan meneliti semua cadangan yang dikemukakan kepada Malaysia semasa proses semakan daripada Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 28 Oktober lepas.
   
"Dalam hal ini kerajaan telah menjelaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan tuntutan persatuan atau mana-mana pihak yang membelakangkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia termasuk yang berkaitan dengan perundangan syariah di Malaysia.
   
"Perkara ini juga telah dibincang dengan panjang lebar dan dijawab oleh Kementerian Luar dan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 11 November lepas, dan dengan itu perkara ini tidak perlu lagi disegerakan.
   
"Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa usul ini ditolak di bawah perkara 18(2) Peraturan Mesyuarat 18(1)," katanya selepas selesai sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Selasa, 4 Mei 2010

Gambar Yang Anwar AlJub Tak Boleh Tengok!!!


Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang di bangunan Parlimen di sini hari ini

Semalam dan hari ini Anwar AlJub telah memboikot semua media cetak, elektronik dan maya kerana tidak mahu terpandang dan menatap wajah seorang yang sebelum ini pernah menjadi benteng kukuh kepadanya apabila benteng tersebut telah roboh dan runtuh menghentak dan menghentam dirinya...ish ish ish...sakit tu!

Lebih menyakitkan hati apabila bekas setiausaha politik beliau kini telah menjadi YB dan khabarnya akan dilantik sebagai Timbalan Menteri....hehe lagi sakit beb! Kalau setakat Senator tak ada peluang nak menjawab di Dewan Rakyat...

Kita cadangkan YB Ezam akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri agar boleh menjawab di Dewan Rakyat secara bersemuka dengan Anwar dan haiwan peliharaannya yang lain secara berdepan! Duduk sebagai TM di JPM akan membolehkan YB Ezam menjawab segala soalan-soalan gila dari pihak pembangkang dengan lebih 'menjiwai' semangat soalan itu diutarakan...

Kita semua tahu bahawa Anwar cukup 'sakit' kalau diketuk dan dilondehkan secara berdepan seperti mana yang dibongkar oleh YB Zahrin dan YB Zulkifli...kali ini Ezam pulak akan terus memancutkan KY Jelly secara berdepan dengan Anwar sekikranya diberikan jawatan sebagai TM...

ANWAR memang tak suka dan tak mampu berdepan...sebab tu dia SUKA BELAKANG!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!