Sesungguhnya apa yang telah diperingatkan sememangnya memberikan ilmu dan pengajaran berguna bagi panduan hidup manusia..!
Firauan yang terkenal dengan kekuasaan diri yang melampau..! Kuasa yang dimiliki menyebabkan dirinya angkuh dan bongkak hingga akhirnya gila dengan menafikan wujudnya kekuasaan mutlak yang dimiliki oleh Khaliq Rabbul Jalil..! Sejarah agong yang tercatat ialah Firaun dan para pengikutnya mati ditenggelamkan di dalam lautan.
Qarun bukan orang lain kepada Nabi Musa A.S...! Beliau ialah sepupu yang telah dianugerahkan kurniaan kekayaan yang melimpah ruah..! Sejarah tercatat Qarun ditelan bumi bersama sama para pemikul kunci kunci kekayaan yang dia miliki malah semua harta dari sebesar besar istana hingga sekecil kecilnya perhiasan tenggelam bersama samanya...! Tidak terkecuali yang turut sama tenggelam ialah mereka yang berasa takjub dan memuliakan Qarun kerana keberadaannya ..!
Dajal dinukilkan sebagai seorang manusia dengan ciri ciri peribadi yang tersendiri akan hadir di dunia adalah bertujuan untuk menyesatkan anak Adam..! Bagi mereka yang mentaati Dajal maka 'syurga' sang Dajal lah yang bakal dimiliki manakala yang tidak mematuhi Dajal pasti akan dihumban ke 'neraka' nya..! Dajal akan menyesatkan seberapa ramai manusia dengan menjanjikan pelbagai kemewahan dunia..! Dek kerananya Dajal juga akan mempunyai ramai pengikut yang setia bersekongkol dengannya..!
Ketiga tiga mereka pasti dan tentulah orang yang berbeza, namun sikap, pemikiran dan semangat mereka boleh meresap dan menjadi pakaian bagi seorang manusia yang sama..!
Orang melayu mengungkapkan perkataan Tahta, Harta dan Wanita boleh menjerumuskan seseorang ke lembah hina..! Salah satu pun cukup untuk kita berjaga jaga apatah lagi kalau ketiga tiganya datang untuk menduga..! hanya taufik hidayah sahaja lah yang boleh menyelamatkannya..!
Semak dan periksa diri kita..! dari mana kita datang? di mana kita sekarang dan kemana kelak kita bakal pulang?
Teringat kata kata bekas seorang Menteri ~ Dia terkeluar dari barisan kerana hanya dia yang bersongkok, duduk di sejadah sambil tangan memegang tasbih didalam kapal lanun..!
Sedangkan didalam kapal lanun paling tidak pun seorang kelasi lanun ditangannya memegang sebotol rum..! bukan tasbih..! Kena humban ke laut la jawabnya..!
Begitu lah tuntutan hidup yang semakin mendesak kini..! Pilih lah jalan hidup yang benar kerana berjalan dengan kuasa, sambil dikelilingi oleh ribuan pengikut yang dahagakan kekayaan dengan memberikan hidup yang mewah belum tentu menjamin hidup yang dilalui itu benar dan di redhai..!
Hakikatnya???
Lu Fikir La Sendiri!!
Lu Fikir La Sendiri!!

