Memaparkan catatan dengan label harga minyak turun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga minyak turun. Papar semua catatan

Selasa, 25 Disember 2018

Lega La Sikit..!

Rakyat sebenarnya masih tak jelas arah tuju kerajaan dalam mentadbir negara. Itu sebab ramai yang bersikap curiga dalam menghadapi tahun baru 2019 yang bakal menjengah  beberapa hari lagi.

Kesetabilan ekonomi yang tak kunjung tiba dipengaruhi oleh ketidakstabilan politik menyebabkan kehidupan rakyat juga tidak stabil dan selesa.

Apabila pengumuman penurunan harga minyak akan dilaksana pada 1 Januari 2019 sedikit sebanyak ianya memberikan ruang cahaya dihujung terowong yang selama ini suram melengkari kehidupan rakyat.
Kerajaan mengumumkan harga minyak RON95 akan dijual pada harga lebih rendah bermula 1 Januari tahun depan.
“Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia pada ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.
“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Almaklum rakyat masih lagi kuat menghidu bau hancing di sebabkan gagalnya segala janji manifesto dalam PRU yang lalu. Itu yang tak berapa selera dengan kenyataan demi kenyataan selagi ianya belum dibuktikan dengan tindakan dan penguatkuasaan..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Ahad, 1 Februari 2015

KPDNKK Kena Pantau Penurunan Harga Barang..!


Ada yang nak guling guling..!

Susah sangat ke nak ucap terima kasih..!

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Februari 2015.  

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliterkepada RM1.70 seliter. 

Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1Dis 2014. 

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata hargakos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu malam. 

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produkdan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petroldan diesel bagi bulan-bulan berikutnya. 

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agarmematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya. 

Sekarang masa bagi cina komunis pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit menurunkan harga barang..! Takde alasan lagi..!

KPDNKK kena pantau penurunan harga barang ni..! buat kajian dan perbandingan harga..! tentu alasan kenaikan harga barang dulu tu kerana kenaikan harga bahan api tapi sekarang kenapa pula tak boleh diturunkan..!

Apa citer..!

Lu Fikir La Sendiri!!!