Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang kenal dan memahami sejarah..! mahu belajar dari kesilapan lalu agar kesilapan yang sama tidak akan berulang..! anda yakin kerajaan kita juga sedang melakukan perkara yang sama?
Lu Fikir La Sendiri!!!
KUALA LUMPUR 4 Julai - Kerajaan perlu menjadikan pengalaman yang ditempuhi selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan sebagai asas dalam mempertimbangkan cadangan menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, kerajaan tidak boleh bertolak ansur dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Barisan Perpaduan Nasional (BPN) memberitahu, pandangan semua pihak perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum penggubalan rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dilakukan.
"BPN sendiri dalam proses menyediakan Memorandum Perpaduan Nasional melibatkan tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang akademik, perundangan, profesional dan politik yang dijangka dibentangkan pada Konvensyen Perpaduan Nasional, September ini.
"Kita tidak akan terburu-buru dan tidak akan cuba mencari jalan pintas untuk mencapai matlamat tersembunyi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ibrahim mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri semalam bahawa Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum dimuktamadkan kerana masih melalui proses perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara ini.
Nancy turut memberi jaminan kerajaan tidak akan melakukan sesuatu secara tergesa-gesa mahupun menggubal sesuatu undang-undang yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara.
Bukan siapa yang berkata kata tapi apa yang diperkata perlu untuk dinilai dan difikirkan bersama...
