Memaparkan catatan dengan label kabinet lemau najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kabinet lemau najib. Papar semua catatan

Rabu, 17 September 2014

PANAS ~ Najib Rombak Kabinet..!


Ingatkan cerita rombakan kabinet dah selesai apabila Najib menunaikan janji peribadinya untuk terus menjunjung cina didahulukan...cina diutamakan selepas PRK Teluk Intan 2 bulan yang lalu rupanya isu rombakan kabinet masih kuat ditiupkan supaya ada perubahan keatas Menteri yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka..!

Mungkin kita boleh menyibuk dan mengusulkan...tapi apakah Najib berani mahu menukar Menterinya? atau paling tidak menukar nama Kementerian bagi Menteri kesayangannya...

Seperti menukar...
Menteri Doa dan Imam

Sebab Menteri ni dilaporkan lebih banyak menjadi pembaca doa dan imam terutama apabila adanya Najib didalam sesuatu majlis...! sampai kena sound dengan Mufti Perak supaya meletakkan jawatan kerana dilihat play safe dalam isu Kalimah Allah..!
Menteri Liberal

Seharusnya Kementerian dibawah Menteri Muda Najib ini perlu ditukar kepada Kementerian Liberal..! nak pakai baju betina boleh...nak jadi model boleh malah nak keluar masuk gereja pun boleh..! Pejabat Menteri ni pun boleh ditukar kemana mana gereja yang dia suka..!

Menteri Amaran dan Kemalangan

Menteri ni memang dah lama terkenal dengan amarannya..!
Mengikut rekod Menteri ni pegang Mindef negara kena serang..! pegang Pengangkutan Bot tenggelam, Bas masuk gaung, kapal terbang pun hilang..! Kini Menteri ni mengurus pulak kes MH17...kalau lama sikit mungkin Menteri ni bertukar kepada Menteri urus jenazah..!

Menteri ayam..!

Menteri ni dah terkenal dengan Menteri ayam@cap ayam..! cerita anak dia pun hebat di Kementerian Menteri ni..! belum masa nak kopek jer lagi..!

Menteri kaya kaya

Menteri ni cuma suka yang kaya kaya..! angka yang besar besar..! malah rakyat yang tak nak bayar tol boleh guna jalan lama kata dia satu ketika dulu..! Harga getah dari RM7 jatuh kepada RM1.60 pun dia umum pendapatan rakyat meningkat..!

Menteri Menonggeng

Menteri yang dijadikan PEMANDU oleh Najib ni cukup licik dalam menjalankan dakyahnya..! Pembesar gereja ini juga menolak sebarang pendakwaan menggunakan Akta Hasutan..! PEMANDU ni juga la yang bakal memandu Najib ke parit..!

Menteri buat buat bodoh

Menteri ni cukup terkenal dengan buat buat bodoh membiarkan MKPN dibawahnya diresap dan dijadikan pusat pembiakkan pembangkang dalam mencampuri urusan kerajaan..! Menteri ni juga membiarkan pengaruh jahat Majlis Peguam untuk mendominasi sebarang usaha dan gerakan yang dilakukan didalam MKPN..!

Menteri Penjilat Amerika

Punahsihat merangkap Menteri ni cukup disayangi oleh Najib..! Cukup rapat dengan Najib..! banyak rahsia dan cerita lama lama yang dia dan orang lain tahu..! Lain kali boleh kopek..!

Mungkin ada lagi penambahan yang boleh dibuat untuk mewarnai rombakan ahli kabinet atau merombak nama perjawatan didalam kabinet..!

Yang ini nak namakan apa pulak?

Lu Fikir La Sendiri!!!