Memaparkan catatan dengan label kalimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kalimah. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Januari 2014

Alhamdulilah..! Nik Aziz Berubah..!


Elok la begitu..! Manusia berubah..! lebih lagi kalau insaf melihat rakan seperjuangan telah pergi dan Nik Aziz sendiri menanti hari..!

KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semoga Nik Aziz istiqamah dengan kenyataan ini..! jangan sampai Anwar hantar Karpal Sinki berubah pulak…!

Lu Fikir La Sendiri!!!!

Selasa, 14 Januari 2014

Ketegasan Dalam Mempertahankan Kalimah..!


Bahan untuk dikongsi..

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9) 
 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)  

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah) 

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amr bi ‘As (r.a) berkata bahawa dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mencabut ilmu (mengenai syariat agama Islam)dengan mencabutnya dari hati manusia, dan akan tetapi tercabutnya ilmu itu dengan mematikan para ulama’ (yakni, mereka yang berilmu tentang syariat agama Islam). Sehingga ketika tiada lagi orang-orang yang berilmu (ilmu, mengenai syariat Islam yang haq), maka mengangkat manusia (yakni, masyarakat umat Islam) sebagai pemimpin mereka orang-orang yang jahil (tentang syariat yang haq itu, yakni ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) di tempat mereka bertanya (yakni, mendapatkan keputusan)tentang agama mereka. Maka, orang-orang jahil tersebut akan mengeluarkan keketapan mengenai agama Islam tanpa ilmu (yakni, sedangkan mereka jahil tentang ketetapan Allah (a.w) yang terdapat dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah), maka mereka itu (yakni, yang memberi ketetapan itu) sesat dan menyesatkan pula orang lain (yakni, orang yang meminta ketetapan agama, yakni masyarakat mereka).’ [Hadith Bukhari] 

Jika kita amat-amati kita ketahui ramai pemimpin kita yang tidak mempunyai ilmu mengenai syariat agama Islam tetapi mereka tidak segan dan silu bercakap tentang hukum-hukum agama Islam. 

Mereka yang jahil tentang syariat Islamnya memberi fatwa atau keputusan atau ketetapan dalam kejahilan tentang agama Islam. Mereka sememangnya sesat disebabkan kejahilan mereka dan kerana  ketetapan atau keputusan yang mereka buat bersandarkan pendapat, dan tidak berlandaskan ilmu, maka mereka pula menyesatkan orang yang lain, yakni umat Islamkeseluruhannya.

Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka. 

Oleh itu, mari kita sama menginsafi diri dan meletakkan kepercayaan kepada mereka yang pakar dalam agama Islam untuk memberi jalan yang benar kepada kita semuaDalam situasi di Malaysia, sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, tugas itu harus dipikul oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Berikut adalah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa:  

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. (klik e-fatwa)


Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyahdan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
     
Fatwa Negeri Berkaitan: 


BilTajukNegeriPenwartaanTarikh Keputusan
1Cadangan Pewartaan Fatwa Larangan Penggunaan Kalimah Allah Ke Atas Penganut Kristian dan Orang Bukan IslamMelakaTidak Diwartakan24 Feb, 2010
2Larangan Penggunaan Kalimah Allah di Kalangan Bukan Islam **WP Kuala LumpurTidak Diwartakan21 Aug, 2008
3Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Kalimah “Allah”TerengganuTidak Diwartakan17 Jan, 2010
4Hukum Menggunakan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan IslamPahangTidak Diwartakan12 Jun, 2008
5Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan IslamKelantanTidak Diwartakan27 Dec, 2009
6Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah AllahSelangorDiwartakan10 Jun, 2008
7Fatwa Mengenai Penggunaan Kalimah Allah Hanya Merujuk Kepada Tuhan Yang Maha Esa Dalam Agama Islam SahajaPerakDiwartakan17 Jul, 2007
8Fatwa Mengenai Larangan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam **KedahDiwartakan18 Jan, 2010
9Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan IslamJohorDiwartakan30 Oct, 2008
10Fatwa Mengenai Kalimah-Kalimah Suci Yang Khusus Bagi Agama-Agama Islam Dan Tidak Boleh Digunakan Agama-Agama Bukan IslamPulau PinangDiwartakan7 Jan, 2010
11Penggunaan Nama Allah Oleh Orang Bukan IslamPerlisTidak Diwartakan15 Jun, 2008
12Larangan Penggunaan Istilah-Istilah Islam Oleh Orang Bukan IslamSabahDiwartakan1 Jun, 2003
Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 17 Januari 2010

Majlis Gereja Yang Semakin Gila!!!



Kalimah Allah: Majlis Gereja Bantah Dua Undang-Undang Berbeza

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Majlis Gereja Malaysia membantah keputusan kerajaan yang hanya membenarkan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah namun menghalang penggunaannya di Semenanjung.

Presidennya, Rev. Dr Thomas Phillips berkata, tidak logik untuk memperkenalkan dua undang-undang berbeza dalam sebuah negara.

"Sekarang kita amalkan konsep 1Malaysia, kenapa pula perlu ada undang-undang berbeza bagi menangani satu isu yang sama?

"Apa bezanya Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung? Pelik rasanya kita perlu adakan undang-undang yang berlainan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun Mohamed Nazri dilaporkan berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Menurut beliau lagi, larangan tersebut turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.


Komen

Nampaknya dah semakin menjadi babi gila majlis gereja ni, mereka langsung tidak sensitif malah tidak peduli kepada bantahan umat Islam kebelakangan ini. Apakah dengan menganut agama hak asasi manusia maka mereka merasakan segala perbuatan mereka itu sesuatu yang wajar dan murni? Apakah sudah tiada lagi pertimbangan rasional dikepala otak dan hati kaudu mereka bahawa kedamaian, keselamatan dan keharmonian merupakan teras utama dalam sistem hidup kita bernegara?

Jawapan Nazri itu merupakan jawapan sebuah kerajaan yang amat bertanggungjawab dalam mempastikan keharmonian hidup rakyat dapat terus dinikmati dan dikecapi. Walaupun sebenarnya isu larangan penggunaan kalimah Allah ini juga perlu mencakupi Sabah dan Sarawak, Oleh kerana kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan maka ianya seakan sudah dapat diterima oleh setiap rakyat dan orang Islam disana sejak sekian lama. Nampak bahawa majlis gereja gila ini langsung tidak membawa dan menjiwai tanggungjawab sosial mereka dalam menjaga kerukunan bernegara. Kalau gitu duduk dalam hutan jer la!

Apakah sikap rakus, biadap dan kurang ajar yang mereka bawa melambangkan suara majoriti rakyat? Hingga terkinja-kinja seperti beruk kena belacan mengenepikan suara majoriti rakyat yang beragama Islam yang jelas menolak penggunaan kalimah suci umat Islam itu oleh orang kafir di Semenanjung.

Pihak Polis dan KDN perlu bertegas didalam isu ini, jangan hanya beramaran dan membawa pihak yang menjadi mangsa keadaan sama ada serius atau main-main didalam isu ini ke mahkamah. Benar bahawa apa jua perkataan, penulisan dan tindakan yang mampu menggugat keamanan dan kesetabilan negara mesti diambil tindakan.

Namun yang lebih penting dari itu ialah mengekang dan mencegah sesuatu perkara buruk dari berlaku. Ini mesti dilakukan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang jelas sengaja mencetuskan ketegangan dan suasana tidak tenteram dikalangan rakyat.

Isunya ialah isu agama yang amat sensitif! selama ini tidak timbul masaalah darinya kerana tiada pihak seperti majlis gereja gila yang bertindak diluar batasan adab dan budaya. Namun hari ini negara sedikit berkocak dan kita semua tahu dimana punca segalanya bermula...

Apa Tunggu Lagi!!!

Kepada ALLAH Berserah!

Rabu, 13 Januari 2010

Kalau Dah Dasar Jahat...


PETALING JAYA: Isu pengunaan kalimah Allah menjadi semakin rumit apabila Editor Herald-The Catholic Weekly, Reverend Lawrence Andrew hari ini menyangkal laporan sebuah akhbar bahawa pihaknya bersetuju untuk tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Andrew berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan menafikan sekeras-kerasnya kesahihan laporan tersebut.

Malah beliau menyalahkan editorial akhbar berkenaan kerana memanipulasikan kenyataannya berhubung isu kontroversi itu.

"Mana ada saya cakap seperti itu, saya tak pernah katakan yang kami setuju untuk tidak guna perkataan Allah dalam penerbitan kami.

"Itu bukan kata-kata saya... itu saya fikir kata-kata sub editor atau editor mereka," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.



Komen -

Itu kan hak kau orang yang di'sah'kan oleh lau bee lan, alangkan sebelum ini pun puak gereja kurang ajar ni pun dah mendesak gila babi nak guna kalimah, lagikan sekarang bila dah di bagi lampu 'suluh' oleh lau bee lan.

Agak-agak siapa jahat dalam isu ini? sebelum ini aman damai, masing-masing bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing, tiba-tiba puak gereja kurang ajar ni nak sangat guna kalimah...kenapa? jadi siapa yang mencetus? siapa yang menjolok sarang tebuan?

Bila lau bee lan kata gereja boleh guna kalimah pasti beliau tahu kesan dari keputusan bangang beliau itu, agak-agak siapa jahat kat sini? bila kesan dari keputusan itu mengakibatkan gereja diserang siapa agaknya jahat kat sini? perbuatan menyerang gereja itu memang salah tapi lebih bersalah lagi ialah mereka yang mencipta isu dan memaksa suasana tidak aman ini berlaku...

Jawapan mudah yang jahat ialah gereja yang menjolok sarang tebuan dan lau bee lan yang membenarkan perbuatan biadap puak gereja itu. Jadi kalau benarlah puak gereja ni baik maka mereka perlu menarik balik kes mereka di mahkamah kerana biji mata mereka sudah melihat akan kesan 'awal' umat Islam dalam mempertahankan kesucian agamanya...

Setakat ini puak gereja dilihat jahat dan berpeluang untuk menunjukkan sikap baik,
Kalau benar-benar baik la atau confirm benar-benar jahat...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 12 Januari 2010

Hati Perut Apa Ni???


Semoga Hakim kat sebelah tu sedar, insaf dan memahami bahawa sebarang penghakiman yang bakal dibuat bukan sahaja memerlukan kekuatan keterangan dan bukti mengikut undang-undang yang sedia termaktub malah ianya juga memerlukan kebijaksanaan mengikut budi bicara, akal budi, naluri dan perasaan, pengalaman dan kebarangkalian.

KDN dan JPM perlu meneliti semula latar belakang hakim-hakim yang ditempatkan di Institusi mestilah terdiri dari mereka yang benar-benar layak dan sesuai mengikut undang-undang, budaya, agama dan mestilah memahami dan sensitif kepada hak setiap rakyat dalam negara.

Kita tak mahu seorang hakim atau siapa jua yang diberikan tanggungjawab yang besar GAGAL memahami aspirasi rakyat dan negara serta amanah dalam kebertanggungjawaban melaksanakan tugas.

Semalam Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, 'Majalah Herald Catolic perlu menggugurkan tuntutan keatas kalimah ALLAH, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.

‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.

‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,”

Kita nantikan dan kita tengok puak-puak gereja ni ada hati perut atau terus dengan hati perut kaudu dan jahat yang langsung tidak sensitif kepada reaksi umat Islam dalam negara berkenaan perkara ini...

Dah la pembangkang mempolitik kan isu ini, Tan Lian Hoe ketua wanita Gerakan pun telah melancarkan kempen menyokong penggunaan perkataan ALLAH di facebook beliau, jenis bangsat macam tan ni yang pernah menggelar bangsa melayu sebagai kaum pendatang seharusnya dinilai semula untuk menjadi pemimpin didalam BN, terutama pengundi melayu Islam di Grik yang telah memenangkan seorang duri dalam daging serta gunting dalam lipatan yang akhirnya jelas beragenda sendiri dari menjaga mejoriti pengundi Grik yang pasti melayu dan Islam...

Lu Fikir La Sendiri!!!