Bahan untuk dikongsi..
Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amr bi ‘As (r.a) berkata bahawa dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mencabut ilmu (mengenai syariat agama Islam)dengan mencabutnya dari hati manusia, dan akan tetapi tercabutnya ilmu itu dengan mematikan para ulama’ (yakni, mereka yang berilmu tentang syariat agama Islam). Sehingga ketika tiada lagi orang-orang yang berilmu (ilmu, mengenai syariat Islam yang haq), maka mengangkat manusia (yakni, masyarakat umat Islam) sebagai pemimpin mereka orang-orang yang jahil (tentang syariat yang haq itu, yakni ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) di tempat mereka bertanya (yakni, mendapatkan keputusan)tentang agama mereka. Maka, orang-orang jahil tersebut akan mengeluarkan keketapan mengenai agama Islam tanpa ilmu (yakni, sedangkan mereka jahil tentang ketetapan Allah (a.w) yang terdapat dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah), maka mereka itu (yakni, yang memberi ketetapan itu) sesat dan menyesatkan pula orang lain (yakni, orang yang meminta ketetapan agama, yakni masyarakat mereka).’ [Hadith Bukhari]

Jika kita amat-amati kita ketahui ramai pemimpin kita yang tidak mempunyai ilmu mengenai syariat agama Islam tetapi mereka tidak segan dan silu bercakap tentang hukum-hukum agama Islam.
Mereka yang jahil tentang syariat Islamnya memberi fatwa atau keputusan atau ketetapan dalam kejahilan tentang agama Islam. Mereka sememangnya sesat disebabkan kejahilan mereka dan kerana ketetapan atau keputusan yang mereka buat bersandarkan pendapat, dan tidak berlandaskan ilmu, maka mereka pula menyesatkan orang yang lain, yakni umat Islamkeseluruhannya.
Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka.
Oleh itu, mari kita sama menginsafi diri dan meletakkan kepercayaan kepada mereka yang pakar dalam agama Islam untuk memberi jalan yang benar kepada kita semua. Dalam situasi di Malaysia, sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, tugas itu harus dipikul oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Berikut adalah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa:
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. (klik e-fatwa)
Keterangan/Hujah:
- Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah‘Theos’ bukannya Allah.
- Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
- Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
- Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
- Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
- Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
- Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
- Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
- Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyahdan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
- Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
- Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Fatwa Negeri Berkaitan:
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan