Orang lama yang berani, lantang dan konsisten membela nasib rakyat..! syabas YB..!!!
Hari ini Dewan Rakyat gempar dengan pertembungan diantara Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional..!
Semasa penggulungan Kementerian Pengangkutan malam tadi, 4 orang sahabat baik yang selalu senada seirama dilihat bertikam lidah dan bertegang urat dalam mempertahankan hujah masing masing!
Insiden bermula apabila Timbalan Menteri Pengangkutan mengambil giliran menggulung perbahasan bajet 2013 bagi Kementeriannya.
Apabila Rahim menjelaskan bahawa Kementerian tetap dengan keputusan mahu mengekalkan pelaksanaan kamera AES diseluruh negara maka disitu segalanya bermula.
YB Datuk Mohamad Aziz Ahli Parlimen Sri Gading jelas tidak berpuashati dengan keputusan tersebut bangun merayu agar pihak kementerian menangguhkan dahulu pelaksanaan penggunaan kamera tersebut yang jelas membebankan rakyat.
Mohamad menjelaskan bahawa rakyat sudah cukup terbeban dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kereta...'rakyat kena bayar ansuran kereta, road tax kereta, insurans kereta, tol kereta, parking kereta, kerosakan kereta, tayar kereta..dan kini rakyat sentiasa diburu dengan kamera yang akan menyebabkan rakyat menanggung saman sebanyak RM300.'
Lebuhraya bukan penyumbang utama kadar kemalangan yang tinggi didalam negara, tapi kenapa rakyat perlu disusahkan dengan kamera disepanjang lebuhraya? kenapa tidak kita menyesuaikan rakyat dengan kemajuan yang kita miliki dan bukannya memperlahankan kemajuan yang sedang kita nikmati? apakah tujuan pelaksanaan ini mahu mendidik rakyat atau menghukum rakyat?
YB Tan Sri Shahrir Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu pula menegaskan bahawa jika benar kerajaan mahu membela rakyat dan bukan mahu menghukum semata mata maka pihak kementerian perlu membenarkan rakyat membeli alat pengesan kamera dan speed trap bagi membolehkan rakyat mengelakkan diri dari menjadi mangsa kamera yang jelas tidak boleh menggunakan 'budibiacara'.
Sementara itu tambah Shahrir kementerian juga perlu mempastikan tidak membayar sebarang bayaran ganti rugi sekiranya syarikat pengendali bankcrupt jika tiada sebarang saman dikeluarkan, ini kerana kita tidak didedahkan syarat yang termaktub didalam perjanjian diantara pihak kementerian dan syarikat pengendali.
Tapi tentunya saman ini tetap akan berlaku...sinis beliau.
Malangnya dua Ahli Parlimen BN iaitu wakil dari Arau dan Kinabatangan bangun berhujah bersetuju agar pihak kementerian meneruskan usaha menggunakan kamera bagi mengurangkan kadar kemalangan.
Pemandu kita tidak berdisipin! menyebabkan kadar kemalangan tinggi! Singapura dijadikan contoh..antara hujah mereka! Hujah keduanya ditempelak oleh Sri Gading yang berkata bahawa usaha mengurangkan kadar kemalangan adalah sesuatu yang perlu tapi menghukum bukan satu satunya kaedah yang perlu digunakan.
Persoalannya...apakah kerajaan melalui kementerian Pengangkutan yang dikendalikan oleh pihak JPJ benar benar faham dan menghayati keluh kesah rakyat!
Kenapa usaha saman menyaman ini diswastakan? Agenda dan motif bagi sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan ialah keuntungan..Apakah kementerian boleh menafikan tiadanya unsur mengaut keuntungan melampaui dari menjalankan kerja murni mengurangkan kemalangan?
Apakah dengan menangguhkan sementara akan mengurangkan hasil kerajaan? Apakah usaha Trafik dan JPJ selama ini yang dibekalkan dengan kamera dan pelbagai lagi alat bantuan dalam operasi jelas gagal dan langsung tidak membantu mengurangkan kemalangan?
Apakah syarikat lebih utama dari rakyat?
Rupanya dalam BN sendiri apabila berdepan dengan sesuatu isu maka akan terserlah kematangan, keberanian, kejujuran dan keikhlasan dalam memperjuangkan hak rakyat..!
Nak membela rakyat atau nak membela bangsat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!



