Orang lama yang berani, lantang dan konsisten membela nasib rakyat..! syabas YB..!!!
Hari ini Dewan Rakyat gempar dengan pertembungan diantara Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional..!
Semasa penggulungan Kementerian Pengangkutan malam tadi, 4 orang sahabat baik yang selalu senada seirama dilihat bertikam lidah dan bertegang urat dalam mempertahankan hujah masing masing!
Insiden bermula apabila Timbalan Menteri Pengangkutan mengambil giliran menggulung perbahasan bajet 2013 bagi Kementeriannya.
Apabila Rahim menjelaskan bahawa Kementerian tetap dengan keputusan mahu mengekalkan pelaksanaan kamera AES diseluruh negara maka disitu segalanya bermula.
YB Datuk Mohamad Aziz Ahli Parlimen Sri Gading jelas tidak berpuashati dengan keputusan tersebut bangun merayu agar pihak kementerian menangguhkan dahulu pelaksanaan penggunaan kamera tersebut yang jelas membebankan rakyat.
Mohamad menjelaskan bahawa rakyat sudah cukup terbeban dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kereta...'rakyat kena bayar ansuran kereta, road tax kereta, insurans kereta, tol kereta, parking kereta, kerosakan kereta, tayar kereta..dan kini rakyat sentiasa diburu dengan kamera yang akan menyebabkan rakyat menanggung saman sebanyak RM300.'
Lebuhraya bukan penyumbang utama kadar kemalangan yang tinggi didalam negara, tapi kenapa rakyat perlu disusahkan dengan kamera disepanjang lebuhraya? kenapa tidak kita menyesuaikan rakyat dengan kemajuan yang kita miliki dan bukannya memperlahankan kemajuan yang sedang kita nikmati? apakah tujuan pelaksanaan ini mahu mendidik rakyat atau menghukum rakyat?
YB Tan Sri Shahrir Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu pula menegaskan bahawa jika benar kerajaan mahu membela rakyat dan bukan mahu menghukum semata mata maka pihak kementerian perlu membenarkan rakyat membeli alat pengesan kamera dan speed trap bagi membolehkan rakyat mengelakkan diri dari menjadi mangsa kamera yang jelas tidak boleh menggunakan 'budibiacara'.
Sementara itu tambah Shahrir kementerian juga perlu mempastikan tidak membayar sebarang bayaran ganti rugi sekiranya syarikat pengendali bankcrupt jika tiada sebarang saman dikeluarkan, ini kerana kita tidak didedahkan syarat yang termaktub didalam perjanjian diantara pihak kementerian dan syarikat pengendali.
Tapi tentunya saman ini tetap akan berlaku...sinis beliau.
Malangnya dua Ahli Parlimen BN iaitu wakil dari Arau dan Kinabatangan bangun berhujah bersetuju agar pihak kementerian meneruskan usaha menggunakan kamera bagi mengurangkan kadar kemalangan.
Pemandu kita tidak berdisipin! menyebabkan kadar kemalangan tinggi! Singapura dijadikan contoh..antara hujah mereka! Hujah keduanya ditempelak oleh Sri Gading yang berkata bahawa usaha mengurangkan kadar kemalangan adalah sesuatu yang perlu tapi menghukum bukan satu satunya kaedah yang perlu digunakan.
Persoalannya...apakah kerajaan melalui kementerian Pengangkutan yang dikendalikan oleh pihak JPJ benar benar faham dan menghayati keluh kesah rakyat!
Kenapa usaha saman menyaman ini diswastakan? Agenda dan motif bagi sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan ialah keuntungan..Apakah kementerian boleh menafikan tiadanya unsur mengaut keuntungan melampaui dari menjalankan kerja murni mengurangkan kemalangan?
Apakah dengan menangguhkan sementara akan mengurangkan hasil kerajaan? Apakah usaha Trafik dan JPJ selama ini yang dibekalkan dengan kamera dan pelbagai lagi alat bantuan dalam operasi jelas gagal dan langsung tidak membantu mengurangkan kemalangan?
Apakah syarikat lebih utama dari rakyat?
Rupanya dalam BN sendiri apabila berdepan dengan sesuatu isu maka akan terserlah kematangan, keberanian, kejujuran dan keikhlasan dalam memperjuangkan hak rakyat..!
Nak membela rakyat atau nak membela bangsat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
dulu kinabatangan tak mcm tu. sejak dpt second yg baru ni, lain mcm pulak aku tengok. semacam 'playsave' je. ada apa2 arahan dari kelambu ke? sekadar bertanya...
BalasPadamMem baru mintak 2-3 round satu malam..tapi tak dapat nak bagi jack..adik cepat lemah gemalai...tu yang mantol-mantol kepala..
PadamWakaka...
I think we should implement the AES. It is good for the country. Soal membebankan rakyat is secondary because it is for their good. Cuba tengok Mat motor , tak kira lah sama ada budak sekolah, orang awam tapi yang pelik ni tentera darat dan laut yang beruniform pun tak berhenti di trafic light i.e. Jalan Setiawangsa. macam mana pulak orang yg beruniform pun tak hormat dekat lampu. Jadi lebih afdal implement utk kebaikkan semua. For those who defy the law, let them pay for it. Orang politik, tak kira sama ada government of the day or opposition are opportunist. Nak menang undi.
BalasPadamSaya sememangnya amat bersetuju dengan cadangan YB Dato Shahrir dan YB Datuk Mohamad Aziz. Pelaksanaan AES ini dibuat dengan agak tergesa-gesa. YB Menteri Pengangkutan, mohon bertanya, sudahkah tindakan menguatkuasakan pelaksanaan AES ini di bawa dalam Mesyuarat Kabinet (Jemaah Menteri). Kalau pernah, bila dan bagaimanakah keputusannya. Saya merasakan ini bukan keputusan Kabinet tetapi keputusan pihak-pihak tertentu di kementerian berkenaan yang mungkin ada agenda sendiri....
BalasPadamSaya setuju dengan usin..
BalasPadamSejak dapat yang 2nd ni, tindak-tanduk Kinabatangan memang lain macam..
Saya setuju kerajaan melantik swasta melaksanakan tanggungjwab menyaman pemandu terutamnay LORI_LORI atau BAS yang sentiasa tidak mematuhi syarat kelulusan . Nak harap JPJ , entah lah , didepan mata saya sendiri , lorong balak yang jelas melebihi muatan tidak ditahan atau disaman sedang sebaliknya penguatkuasa boleh berlalu seperti tidak ada apa yang berlaku.
BalasPadamUntuk sementara , AES perlu digunakan untuk merakam lori atau bas yang memandu laju juga melebihi had muatan . Itu penting kerana mereka-mereka ini dilihat 'tidak makan saman' Jika lebih muatan , kalau disaman sekali pun : Denada RM10000 lah katakan, tetapi sekali lepas mungki untung 30000 siapa tahu.
Setuju sangat..
Assalam Bro
BalasPadamSaya tak menyokong dan memihak kepada sesiapa... Persoalannya kenapa kerajaan sibuk sangat nak pasang AES tu... ada kroni yang nak jadi kayaraya ke?... Ini point akan digunakan oleh puak pembnagkang... Kenapa saman rakyat singapura yang tertunggak begitu lama masih tidak selesai, Kenapa ada double standard... Jangan esok kera dihutan disusukan, anak dirumah mata kelaparan... Adakah itu saja pencapaian KPI Pengarah JPJ... lupakan ajelah... staf sendiri pun tak ikut peraturan yang mereka keluarkan... contoh paling senang... cermin gelaplah...
Sekadar memberi pandangan. Sesuatu yang perlu kita akui, rakyat Malaysia amat tidak berdisiplin apabila berada di jalan raya. Potong barisan, mengubah arah tanpa beri isyarat, memandu laju dan berbahaya antara sifat yg boleh kita lihat dan satu lagi yang amat saya tidak faham ialah kenapalah rakyat Malaysia ni susah sangat nak hormat lampu isyarat. Banyak kempen-kempen dan program dijalankan dari mengubah sikap, mendidik, menasihat dan bermacam lagi, tapi sikap pemandu masih tidak berubah. Saya faham kenapa ramai rakyat Malaysia malah MP sendiri yang menentang AES, tapi tak dengar pulak cadangan dan pandangan mereka untuk membaiki keadaan, hanya setakat cadangan untuk menambahkan lagi kempen sahaja. Saya rasa kempen ni semua dah tahu dah, sekarang masa untuk bertindak dan kalau tindakan itu drastik sekalipun, tapi berkesan, apa salahnya. Saya tidak kata tindakan Kementerian Pengangkutan memperkenalkan AES tu baik, tapi sekurang-kurangnya mereka ada keluarkan idea untuk kebaikan orang ramai daripada hanya tahu merungut sahaja. Nak buat sesuatu yang elok semestinya memerlukan kos yg tinggi, apa salahnya kalau ada syarikat swasta yang sedia mengepalainya. Harus diingat AES hanya ‘menangkap’ pengguna yang melakukan kesalahan. Adakah adil untuk kita ‘membela’ pesalah jalanraya ni sedangkan ramai penguna lain yang setia mengikut peraturan terpaksa memendam rasa melihat pesalah jalanraya ni sewenangya terlepas dari hukuman.
BalasPadam