Memaparkan catatan dengan label kdn daftar blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kdn daftar blog. Papar semua catatan

Isnin, 22 Februari 2016

Buat la..!


Buat la..kuat kuasakan la apa jua undang undang..! Kebenaran tetap akan mengatasi kebathilan..!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan Internet.

Beliau berkata KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.

"Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita pada majlis rumaah terbuka Terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di Johor Baru hari ini.

Beliau berkata banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut. – Bernama


Media yang mengancam keamanan..! media yang menyeru kearah perpecahan..! Melanggar adab dan budaya serta gagal menjunjung agama mesti dibasmi..! Jangan lupa perangi juga media maya yang hanya tahu berbohong@menjilat@mengampu yang secara tak langsung bersubahat dalam penyelewengan dan rompakan yang berlaku..!

Jangan pilih bulu..! Sebab rakyat dah lama berbulu..!

Berani kerana Benar..!

Apa yang nak ditakutkan???

Lu Fikir La Sendiri!!!