Memaparkan catatan dengan label keahlian parti bersatu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keahlian parti bersatu. Papar semua catatan

Sabtu, 10 September 2016

KEAHLIAN BERSATU ~ Makluman..!


KENYATAAN SIDANG MEDIA PENYERAHAN SIJIL PERTUBUHAN
Lobi Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Putrajaya
9 September 2016

1. Orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia boleh mendapatkan borang keahlian yang akan edarkan mulai 14 September 2016 melalui wakil-wakil yang dilantik oleh Parti.
2. Atas beberapa urusan selepas mendapat kelulusan, orang ramai juga boleh membuat pendaftaran ahli secara online mulai minggu ketiga September 2016 dan akan diumumkan selepas semuanya sudah bersedia.
3. Parti juga bersetuju untuk melantik Encik Akhramshah Muammar Ubaidah bin Tan Sri Sanusi, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi sebagai Penyelaras Pendaftaran Keahlian Parti.
4. Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan terhadap parti yang ditubuhkan ini. Ini adalah satu fasa baharu dalam menyelamatkan Malaysia dan membawa Malaysia kembali ke zaman kegemilangannya.
Laman Facebook Rasmi
Parti Pribumi BERSATU Malaysia

Dengar khabar UMNO pun terpaksa mencetak borang baru kerana ramai anak anak muda termasuk pendatang asing nak jadi ahli baru..! betul ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!