Kita mungkin boleh bersetuju dengan pandangan orang kuat BAM yang mengatakan...
Sebaliknya ia bergantung kepada diri pemain untuk meletakkan nama Malaysia gah di persada badminton dunia, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebagai badan induk badminton negara, beliau berkata BAM hanya memberi perkhidmatan sokongan dengan menyediakan kemudahan latihan dan jurulatih berwibawa kepada pemain untuk meraih kejayaan.
"Jika kepimpinan BAM bertukar, badminton negara akan menghadapi tiga kemungkinan sama ada terus maju, berada di takuk sama atau mungkin lebih teruk dari sekarang.
"Terpulang kepada pemain itu sendiri untuk kembalikan kegemilangan pasukan Malaysia," kata Nadzmi yang dilaporkan tidak berhasrat mempertahan jawatannya pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Julai depan.
Memang tak boleh dinafi bahawa dengan menukar kepimpinan BAM tidak menjamin mampu menyelesaikan masaalah yang melanda prestasi sukan badminton negara TAPI kita kena yakin dan percaya bahawa dengan menukar pucuk pimpinan BAM juga merupakan langkah awal untuk menyelesaikan masaalah yang sedia melanda...!
Perubahan perlu...dan perubahan mestilah bersifat dan bermatlamat positif demi sukan badminton itu sendiri. Kata kita orang sukan..! orang badminton..! mesti kita semua mahukan yang terbaik dalam sukan yang kita sayang..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
