Selasa, 28 Mei 2013

Demi Kelangsungan Mutu Sukan Badminton...!


Kita mungkin boleh bersetuju dengan pandangan orang kuat BAM yang mengatakan...

PERUBAHAN kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bukan jaminan kegemilangan arena badminton tanah air dapat dikembalikan, kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.
 
Sebaliknya ia bergantung kepada diri pemain untuk meletakkan nama Malaysia
 gah di persada badminton dunia, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Sebagai badan induk badminton negara, beliau berkata BAM hanya memberi
 perkhidmatan sokongan dengan menyediakan kemudahan latihan dan jurulatih berwibawa kepada pemain untuk meraih kejayaan.
 
"Jika kepimpinan BAM bertukar, badminton negara akan menghadapi tiga
 kemungkinan sama ada terus maju, berada di takuk sama atau mungkin lebih teruk dari sekarang.
 
"Terpulang kepada pemain itu sendiri untuk kembalikan kegemilangan pasukan
 Malaysia," kata Nadzmi yang dilaporkan tidak berhasrat mempertahan jawatannya pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Julai depan.

Memang tak boleh dinafi bahawa dengan menukar kepimpinan BAM tidak menjamin mampu menyelesaikan masaalah yang melanda prestasi sukan badminton negara TAPI kita kena yakin dan percaya bahawa dengan menukar pucuk pimpinan BAM juga merupakan langkah awal untuk menyelesaikan masaalah yang sedia melanda...!

Perubahan perlu...dan perubahan mestilah bersifat dan bermatlamat positif demi sukan badminton itu sendiri. Kata kita orang sukan..! orang badminton..! mesti kita semua mahukan yang terbaik dalam sukan yang kita sayang..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Nazmi, kau lantik Chinchai jadi Pengurus Besar, maka cincai lah kerja nya.

    Kalau tak ada keberhasilan, undur lah diri dan bawalah Chincai kau tu sama sama. Biar lah angin baru yang mungkin dapa menyuntuk semangat baru....

    Nazmi, you failed, so leave...OK?? Ada faham tak?

    BalasPadam
  2. Betul apa yang dikatakan oleh Dato NAzmi menukar pengurusan tidak bererti boleh menyelesaikan masaalah dan kekalutan BAM selama ini tetapi tidak salah mencuba menukarkan sebahagian kepimpinan yang ada dengan ide yang baru kerana sejak 10 tahun lepas kita tidak nampak sebarang kemajuan langsung dalam BAM.

    Dicadangkan supaya Menteri baru Kementerian Belai dan Sukan menjemput semua pengelola projek kejurulatihan khusus nya secara persaorangan termasuk bekas bekas ketua jurulatih dalam dan luar negeri yang dilantik sbeblum ini mendapatkan pandangan mereka serta mengumpul maklumat dari setiap pelatih . Hasil dan rumusan pertemuan harus dibincangkan dengan pengerusi BAM sebelum di heboh kepada pengurusan keseluruhan nya.

    Kita lihat sahaja contoh paling mudah kenapa Dato Misbun marah apabila anaknya tidak diberikan tempat sewajar nya , kaji semula apa kata pengurusan BAM masa itu dan sekarang setelah keluar dari pusat kejurulatihan BAM lihat pula berapa jauh mana anaknya telah pergi apabila dibawah bimbingan beliau .

    Buat analisa keberkesana latihan BAM atau pemain memang lembik dan tidak mahu menerima dan mempraktikan tunjuk ajar jurulatih.

    Apa pun dalam apa juga sukan yang telah dikenal pasti pemain pilihan yang mewakili Malaysia atau negeri atau kelab tidak tahan dengan latihan lasak , khas nya untuk pembinaan stamnina , minda dan langkah

    BalasPadam
  3. ala kalu dah 89% cina dlm tu...apa lagi nak heran...player mlayu anak tiri...sepet yg hmpeh pun naik tokcang la...

    baikot tak perlu kata apa apa....baikot tak perlu kata apa apa

    BalasPadam