Sekarang ini dilaporkan sedang ada pertemuan Ketua Bahagian UMNO bersama Najib...
Semua ketua Umno bahagian dijangka menghadiri majlis tahlil dan doa selamat yang diadakan untuk mengaminkan kesejahteraan negara dan parti itu yang kini dilanda pelbagai dugaan.
Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, semua pimpinan peringkat bahagian itu dijemput menghadiri majlis tersebut yang akan berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya, malam Rabu.
Program tersebut dijadualkan bermula pukul 6.30 petang.
Pada masa sama, beliau turut menolak khabar angin bahawa majlis itu akan dijadikan medan mempertemukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan semua ketua Umno bahagian.
"Saya rasa majlis ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat membincangkan isu yang melanda parti dan negara. Majlis ini lebih kepada mendoakan kesejahteraan negara dan juga parti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Sebelum ini, tersebar khabar angin mengenai pertemuan Najib yang juga Presiden Umno dengan ketua umno bahagian yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tarikh sama.
Ismail berkata, permasalahan yang melanda negara dan parti pada ketika ini sepatutnya diselesaikan dalam satu program yang lebih formal dengan melibatkan semua pimpinan tertinggi Umno.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee juga mengaku adanya jemputan ke majlis tahlil dan doa selamat itu, bukan pertemuan dengan Perdana Menteri di PWTC.
"Majlis di PWTC itu hanya khabar angin, yang ada jemputan ke tahlil dan doa selamat di Seri Perdana," katanya.
Yang pasti bukan semua Ketua Bahagian yang hadir... Kalau ikut nombor lama...sekadar 151 KB ajer la..! Kalau masih kekal angka tu..! UMNO pun bukan boleh diatur dan ditentukan oleh 151 orang tu ajer..!
Buktinya dalam persidangan UMNO Bahagian dan sayap yang berlangsung di seluruh negara sepanjang 2 minggu lalu kedengaran suara keraguan, suara kemarahan, suara lemas, suara seruan agar kepimpinan UMNO perlu berani dan bertanggungjawab dalam mendepani kemelut yang melanda..!
Bincang la..jika ianya elok untuk parti dan negara..! bincang la selagi ianya ikhlas demi agama, bangsa dan negara..! Kalau setakat dengar ungkapan pengampu dan jurukipas..! tak payah buang masa di Seri Perdana, jumpa kat kedai mamak pun cukup..!
Berani berkata benar la wahai Ketua Ketua bahagian..! Berkata benar la walaupun pahit..! Besar amanah dan tanggungjawab sebenarnya..! Menyokong biar berakal..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

