Rabu, 12 Ogos 2015

Apa Cerita Di Seri Perdana..!


Sekarang ini dilaporkan sedang ada pertemuan Ketua Bahagian UMNO bersama Najib...

Semua ketua Umno bahagian dijangka menghadiri majlis tahlil dan doa selamat yang diadakan untuk mengaminkan kesejahteraan negara dan parti itu yang kini dilanda pelbagai dugaan. 
Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, semua pimpinan peringkat bahagian itu dijemput menghadiri majlis tersebut yang akan berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya, malam Rabu.
Program tersebut dijadualkan bermula pukul 6.30 petang.
Pada masa sama, beliau turut menolak khabar angin bahawa majlis itu akan dijadikan medan mempertemukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan semua ketua Umno bahagian.
"Saya rasa majlis ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat membincangkan isu yang melanda parti dan negara.  Majlis ini lebih kepada mendoakan kesejahteraan negara dan juga parti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Sebelum ini, tersebar khabar angin mengenai pertemuan Najib yang juga Presiden Umno dengan ketua umno bahagian yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tarikh sama.
Ismail berkata, permasalahan yang melanda negara dan parti pada ketika ini sepatutnya diselesaikan dalam satu program yang lebih formal dengan melibatkan semua pimpinan tertinggi Umno.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee juga mengaku adanya jemputan ke majlis tahlil dan doa selamat itu, bukan pertemuan dengan Perdana Menteri di PWTC.
"Majlis di PWTC itu hanya khabar angin, yang ada jemputan ke tahlil dan doa selamat di Seri Perdana," katanya.
Yang pasti bukan semua Ketua Bahagian yang hadir... Kalau ikut nombor lama...sekadar 151 KB ajer la..! Kalau masih kekal angka tu..! UMNO pun bukan boleh diatur dan ditentukan oleh 151 orang tu ajer..! 
Buktinya dalam persidangan UMNO Bahagian dan sayap yang berlangsung di seluruh negara sepanjang 2 minggu lalu kedengaran suara keraguan, suara kemarahan, suara lemas, suara seruan agar kepimpinan UMNO perlu berani dan bertanggungjawab dalam mendepani kemelut yang melanda..!
Bincang la..jika ianya elok untuk parti dan negara..! bincang la selagi ianya ikhlas demi agama, bangsa dan negara..! Kalau setakat dengar ungkapan pengampu dan jurukipas..! tak payah buang masa di Seri Perdana, jumpa kat kedai mamak pun cukup..!
Berani berkata benar la wahai Ketua Ketua bahagian..! Berkata benar la walaupun pahit..! Besar amanah dan tanggungjawab sebenarnya..! Menyokong biar berakal..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. "Berani berkata benar la wahai Ketua Ketua bahagian..! Berkata benar la walaupun pahit..! Besar amanah dan tanggungjawab sebenarnya..! Menyokong biar berakal..!"

    Sokong 100%! Tetapi ketua bahagian ni ada teloq kah? Pak Menteri semua jenis yes man, rosmah tak benarkan najib letak jawatan, punahsihat dibayar billion2 hampeh, chai2 plak dah berkira kira cari masterji baru.

    Hancur, terkubur umno yang disayangi rakyat ni.

    BalasPadam
  2. Ketua bahagian semua ada habuan..kipas mengipas acara wajib bila kesinambungan habuan dikekalkan. Kepada keta bahagian yang berani bercakap benar walaupun pahit, kami ahli2 UMNO marhaen akan sentiasa mendoakan kebahagian kalian semua dunia akhirat.

    BalasPadam
  3. kalau kita ada prinsip kita tak boleh jadi ahli politik...kenalah jadi lalang baru cepat naik...kah..kah...pegi mampuslah semua...

    BalasPadam
  4. pergi hancur jahanam lah pembangkang...

    BalasPadam
  5. kipas jgn x kipas...najib ngn rosmah tgh panas tue

    BalasPadam
  6. Yg kenyang ketua bahagian....yg dapat duit ketua bahagian...nk mampos rakyat...ahli biasa...krtua makan dng kroni .... ringgit mesia turun nsjib buat bodoh jer...mcm x ade idea nk srrang penyangak mata wang ni..bodo mcm pak lah...ini kerja orang yg sama tapi bodoh nk tindakbalas....lembab mcm mak badak...puiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngapa pulak rakayt yg mampus,rakyat yg mana satu.Yg banyak beli barang import ,jenama atasan dan berulang alik ekluar negara macam kalian tu ke.Aku ni biasa je,ringgit merudum sebab aku tak beli barang import,aku tak ke luar negara, beli apa-apa pun ikut kemapuan je.tapi sihat dan segar bugar je,tak ada lah nak mampus.

      Padam
    2. Alo bodo....barang import ko buat ape.....anak yg belajar di mesir...eropah dll mak bapak bayar mahal lagi pasal ringgit jatuh...ko x keluar negara sbb ko x mmpu gi luar negara...orang nak ko klu gi umrah pun bayar mahal....lain le klu mak ko tak suka wat umrah....yg mampus bayar lebih rakyat gakk

      Padam
    3. alhamdulillah.....makan pakai keluarga aku cukup.

      Padam
    4. sakit hati rupanya....

      Padam
  7. Bukan Najib dan Rosmah yg panas,kau orang yg tengah panas hati.Najib tak turun turun juga.Dah habis idea nak turunkan dia semunay tak menjadi.Mahathir pun dah berapa kali ulang benda yg sama,tak jalan juga.Njib masih PM.Najib ni memang handal.Dulu PRU 13,Anwar dah siap nyanyi lagu ' tanya sama Najib apa pasal goyang',confidence benar dia akan jadi PM ganti Najib.Tamat piliharaya Nuar pulak yg masuk penjara,Najib PM juga.

    Habis cerita Nuar,timbul pula Mahahtir nak suruh Najib letak jawatan.Habis benda yg dulu dia marah macam WSJ dan SR sekarang di jadikannya kawan janji nak jatuh kan Najib.Dulu cukup marah pada oposition dan demonstrasi,sekarang siap suruh dan pertahankan pulak.Dulu marah bukan main bila Najib hapuskan ISA,sekarang dah tak da ISA pun masih kata tak ada demokrasi dan police state lagi,kalau ISA ada,apa pulak Mahathir kata agaknya.Dunia oh dunia aku pun juga sama....tengok cermin sikit .ek eleh aku lagi teruk rupanya.

    Elok juga kalau Najib letak jawata,kesian benar tengok sorang tu,takut nati mati mata tak boleh tutup,hajat taksampai nak kan Najib turun.Walau apa pun Umno tetap kalah kalau Najib turun pun,elok benar lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita syorkan dia cuba lagi....kipidap.

      Padam
  8. Najib tak kan undur sbb pengaruh rosmah nak Najib kekal. Kalau Najib undur tak cukup parking space di semua balai polis sbb rakyat nak buat report polis kat Najib n rosmah. Daripada undur baik alang2 menyeluk pekasam.. Pak lah undur sbb takde pengaruh isteri tak sangat campur tangan urusan politik dan negara dan tak lebih sudu dari kuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa caya sama lu....sebab wa hingat lu nujum pak belalang.....

      Padam