Hujung minggu ini pemimpin UMNO dilihat 'garang' dengan mengeluarkan amaran..! menghalau..! dan akan membuat laporan kepada setiap ahli parti yang dilihat menaja, menyokong malah 'mesra' dengan parti BERSATU..!
Kata kata ini perlu dikeluarkan dihadapan ahli UMNO serta diperdengarkan ke seluruh pelusuk dunia supaya pemimpin UMNO dilihat tegas dan mampu mengurus ahli yang sebanyak 3 juta orang tu..!
Ianya juga perlu bagi mengambil semula 'pentas' agar ahli menari menurut rentak pemimpin mereka..! Pemimpin dominan..! Ahli parti memerlukan pemimpin lebih dari pemimpin memerlukan ahli..! Sangka mereka lah..!
Sedangkan hari ini banyak cawangan yang gagal bermesyuarat kerana tidak cukup korum..! Malah ada mesyuarat UMNO Bahagian yang tidak dapat bermesyuarat kerana AJK nya memulaukan Ketua dan banyak bahagian yang bermesyuarat sekadar cukup 'makan' kehadiran ahlinya..!
Bayangkan, nak mengadakan mesyuarat cawangan pun Ketua Cawangan terpaksa mengadakan cabutan nombor bertuah..! Ada hadiah itu dan ini..! Itu pun kehadiran hanya cukup cukup makan..!
Itulah sebenarnya suasana yang memeningkan kepala pemimpin UMNO hari ini..! Namun, seperti biasa Ketua Ketua Bahagian hanya 'menyapunya dibawah karpet'. Takkan nak buka pekung di dada..! Everything ok..! Semuanya terkawal..! Maka naynyian ini terus terusan di ratibkan bagi menyenangkan si ketua..!
Hakikatnya???
Lu Fikir La Sendiri!!!
Layan...
Layan...
Umno jangan takuti 'nyamuk' BERSATU, sindir Muhyiddin
Umno tidak harus berasa takut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang disifatkan hanya sebuah 'parti nyamuk' yang belumpun secara rasmi ditubuhkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden penaja parti baru itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa parti itu tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan singkatan 'BERSATU' kerana perkataan itu begitu biasa.
"Ya, parti kita begitu umum, Umno tidak perlu takut parti ini. Ia seperti sebuah parti nyamuk, belum terbentukpun," katanya selepas menghadiri kempen derma darah di Kuala Lumpur, hari ini.
"Sayapun tidak mempunyai ahli lagi, kita belum ada cawangan dan bahagian seperti mereka (Umno), kita tidak mempunyai juta ahli, kita tidak mempunyai wang. Jadi mereka tidak perlu begitu bimbang mengenai parti ini," katanya.
"Adakah ini bermakna Umno merasakan kelahiran parti baru sebagai ancaman sebenar, mereka kata ia serpihan, serpihan tidak akan bertahan, jadi mengapa bimbang?
"Apa yang besar sangat mengenai nama sahaja?" tanya beliau lagi.
Muhyiddin, bagaimanapun, menasihatkan para pengkritiknya agar tidak terlalu banyak mengkritik parti itu.
"Ia adalah hak untuk mengkritik, ini adalah demokrasi. Rakyat mempunyai hak untuk mengatakan apa yang mereka mahu katakan.
"Tetapi, lebih kurang mereka berkata mengenai parti ini adalah lebih baik, berilah kami peluang, saya fikir rakyat Malaysia mahu diberikan peluang (kepada Bersatu)," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Tengku Adnan menyatakan rasa tidak bersetuju dengan nama parti baru yang diterajui oleh Muhyiddin yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selasa lalu.
Katanya, pihak berkuasa perlu menyemak semula nama BERSATU yang sepatutnya tidak boleh diguna pakai.
Kata Tengku Adnan, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Mereka tak boleh gunakan perkataan BERSATU kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan, saya pun sering gunakan Bersatu Malaysia Maju, jadi ini akan menimbulkan kekeliruan, ini saya merayu sangat.
“Nak lulus, luluslah tapi saya minta mereka jangan pakai BERSATU, sebab dulu saya pun tak faham kenapa ROS luluskan nama AMANAH,” katanya.
Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai bantahan itu, namun adalah dipercayai nama BERSATU dikaitkan dengan lagu rasmi Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.