Memaparkan catatan dengan label khaled nordin umno johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khaled nordin umno johor. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Oktober 2015

Khaled Nordin Bikin Panas Lagi..!


Sejak menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Johor, Khaled Nordin seakan tidak dapat berhenti dari memperincikan segala idea dan pandangan yang mungkin sudah lama bersarang didalam pemikiran beliau..!

Itu sebab sebagai MBJ dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Khaled sentiasa mendepani akal pemikiran dan memimpin gerak langkah rakyat, kakitangan kerajaan, ahli serta pemimpin UMNO Johor..! 

'Kalau tak betul betul bersedia, susah kita nak beta ayat Khaled' kata seorang sahabat yang menjadi orang kanan pemimpin utama pusat yang pernah satu forum dengan Khaled..! 'Ucapan bernas dari seorang pemimpin' sambung sahabat tersebut..!

Minggu lepas Khaled telah menubuhkan Badan Pemikir Bait Al-Amanah dan merasmikan Seminar Merekayasa Perjuangan Dan Memahami Pemikiran Pendiri Bangsa UMNO Johor..!

Sememangnya idea dan gerak kerja begini lah yang sangat sangat diperlukan bagi pemimpin UMNO hari ini..! 

Buat kerja..! dekati rakyat dan ahli..! Atur strategi..! Bukannya cuma tahu mencium tangan dan menunggu di kaki tangga kapal terbang..!

Layan...


Sesungguhnya UMNO Johor bertuah dipimpin oleh pemimpin seperti ini..! UMNO Malaysia sebenarnya memerlukan lebih ramai Khaled Nordin bagi menggerakkan usaha memartabat parti keramat agar dapat terus berkhidmat dengan mendapat mandat rakyat..!

Khaled perlu disokong dan didokong untuk terus 'memanaskan UMNO'..! UMNO perlu dibugar dan disegarkan peranannya..!

Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil dan semoga kerja baik ini dapat dicontohi oleh UMNO negeri yang lain..!

Tak pun ianya mungkin boleh digerak mula oleh UMNO Malaysia sendiri..!

Itu pun kalau reti mengiktiraf ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!