Mungkin terhantuk dinding kot..!
Pemuda Umno diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baru oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baru itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama... itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.
"Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan majoriti orang Melayu berbanding Umno," katanya.
Berucap semasa menutup persidangan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Sepang malam tadi, Khairy berkata keadaan mungkin berubah jika parti yang akan ditubuhkan itu membawa agenda lebih besar kepada negara, bukannya semata-mata
untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
Jangan pulak nanti abam aza sound, rahman jerit, saleh keruk atau puad marah tetiba hilang akal balik..!
Lu FIkir La Sendiri!!!