Memaparkan catatan dengan label komisen razak baginda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komisen razak baginda. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Februari 2016

Komisen Ajer RM137 Juta..!


Dengan bangganya mengaku..!Tak ke terfikir dek akal bahawa duit yang sebegitu besar adalah duit rakyat Malaysia..! Duit yang sebegitu banyak boleh menyelesaikan masaalah berjuta rakyat..! Bukannya beratus juta hanya untuk orang tertentu..!

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) bagi khidmat konsultansi dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tetapi menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Perancis, Thales.
"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.
"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.
Ia merujuk kepada pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, yang menerajui Kementerian Pertahanan.
Razak Baginda berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas presiden Thales International Asia, Bernard Baiocco Disember lalu "aktif merasuah pegawai-pegawai awam asing yang dikaitkan dengan Najib Razak".
Razak menafikan pernah berkhidmat dengan Najib sebagai penasihat yang dibayar dan berkata beliau hanya "sesekali" bercakap dengan beliau mengenai perjanjian kapal selam "sambil minum teh", menurut Financial Times.
Peguam Baiocco, Jean-Yves Le Borgne, berkata anak guamnya mengaku wang itu dibayar kepada Baginda untuk kerja-kerja melobi tetapi menuduh pihak pendakwa melakukan 'legal acrobatics' apabila cuba mendakwa yang bayaran itu telah digunakan untuk merasuah pegawai kerajaan.
"Mereka mengesyaki menteri ada menerima wang tetapi mereka tidak pernah mempunyai apa-apa untuk membuktikannya," katanya yang dipetik dalam artikel itu.
Le Borgne juga mengesahkan bahawa Najib dan Baginda telah dinamakan dalam dokumen kehakiman.
Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata dakwaan salah laku terhadap Najib dalam perjanjian Scorpene itu adalah "cemaran tidak berasas untuk kepentingan politik".
Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Najib tidak mendapat manfaat daripada apa-apa bayaran daripada perjanjian itu, ataupun dihubungi oleh penyiasat Perancis.
Mengulas isu yang sama, Tun M dilaporkan berkata...
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Abdul Razak Baginda perlu diheret ke mahkamah di Perancis jika individu terbabit atau syarikatnya menerima wang daripada syarikat pembina kapal selam.
Menulis dalam blognya hari ini Dr Mahathir berkata Abdul Razak dan syarikat dimiliknya sudah dinamakan dalam kes mahkamah berkaitan kapal selam Scorpene di Perancis.
Kata Dr Mahathir, Abdul Razak (gambar) pasti tidak akan didakwa di Malaysia kerana jika peguam negara bertindak demikian nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pasti akan dibabitkan sama.
"Peguam negara bukan saja mengetepikan (pertuduhan berkenaan) malah menyembunyikan laporan oleh Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.
Abdul Razak adalah bekas individu yang dilihat rapat dengan Najib dan pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu pada Oktober 2006.
Tiada kuasa tentu belian
Turut didakwa adalah dua pegawai keselamatan (ketika itu), Cif Inspektor Azilah Hadri, 40, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 44.
Kedua-dua bekas anggota polis elit itu sudah disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati namun Sirul Azhar kini berada di Australia dan ditahan pihak berkuasa imigresen negara berkenaan.
Hari ini Malaysiakini melaporkan Abdul Razak yang dikenali sebagai penganalisis politik mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) sebagai imbuhan atas khidmat perundingannya dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.
Bagaimanapun Abdul Razak menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Thales.
Altantuyaa didakwa menjadi penterjemah dalam perundingan pembelian kapal selam berkenaan.
"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.
"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.
Tidak bermakna apa-apa
Dr Mahathir berkata Abdul Razak tidak mempunyai kuasa menentukan pembelian kerajaan, tetapi Najib sebagai menteri pertahanan boleh membuat keputusan mengenainya.
"Apa pun, jika Razak atau syarikatnya menerima wang daripada pembuat kapal selam (di Perancis), dia perlu diheret di depan mahkamah Perancis," katanya.
Dalam pos sama bekas perdana menteri itu juga mengecam Najib serta Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini berkhidmat sebagai peguam negara.
Katanya, tindakan Mohamed Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku tidak membawa sebarang makna.
"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan dirinya sendiri, Najib mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa dia tidak bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Kata-kata peguam negara bahawa dia (Najib) tidak bersalah, tidak bermakna apa-apa.
"Kegagalan melakukan ini, Najib perlu meletak jawatan. Begitu juga semua pihak yang selama ini menggunakan kuasa masing-masing menyelamatkan Najib," katanya.
Duit banyak ni boleh rasuah munkar nakir ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!