Sabtu, 6 Februari 2016

Komisen Ajer RM137 Juta..!


Dengan bangganya mengaku..!Tak ke terfikir dek akal bahawa duit yang sebegitu besar adalah duit rakyat Malaysia..! Duit yang sebegitu banyak boleh menyelesaikan masaalah berjuta rakyat..! Bukannya beratus juta hanya untuk orang tertentu..!

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) bagi khidmat konsultansi dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tetapi menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Perancis, Thales.
"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.
"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.
Ia merujuk kepada pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, yang menerajui Kementerian Pertahanan.
Razak Baginda berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas presiden Thales International Asia, Bernard Baiocco Disember lalu "aktif merasuah pegawai-pegawai awam asing yang dikaitkan dengan Najib Razak".
Razak menafikan pernah berkhidmat dengan Najib sebagai penasihat yang dibayar dan berkata beliau hanya "sesekali" bercakap dengan beliau mengenai perjanjian kapal selam "sambil minum teh", menurut Financial Times.
Peguam Baiocco, Jean-Yves Le Borgne, berkata anak guamnya mengaku wang itu dibayar kepada Baginda untuk kerja-kerja melobi tetapi menuduh pihak pendakwa melakukan 'legal acrobatics' apabila cuba mendakwa yang bayaran itu telah digunakan untuk merasuah pegawai kerajaan.
"Mereka mengesyaki menteri ada menerima wang tetapi mereka tidak pernah mempunyai apa-apa untuk membuktikannya," katanya yang dipetik dalam artikel itu.
Le Borgne juga mengesahkan bahawa Najib dan Baginda telah dinamakan dalam dokumen kehakiman.
Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata dakwaan salah laku terhadap Najib dalam perjanjian Scorpene itu adalah "cemaran tidak berasas untuk kepentingan politik".
Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Najib tidak mendapat manfaat daripada apa-apa bayaran daripada perjanjian itu, ataupun dihubungi oleh penyiasat Perancis.
Mengulas isu yang sama, Tun M dilaporkan berkata...
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Abdul Razak Baginda perlu diheret ke mahkamah di Perancis jika individu terbabit atau syarikatnya menerima wang daripada syarikat pembina kapal selam.
Menulis dalam blognya hari ini Dr Mahathir berkata Abdul Razak dan syarikat dimiliknya sudah dinamakan dalam kes mahkamah berkaitan kapal selam Scorpene di Perancis.
Kata Dr Mahathir, Abdul Razak (gambar) pasti tidak akan didakwa di Malaysia kerana jika peguam negara bertindak demikian nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pasti akan dibabitkan sama.
"Peguam negara bukan saja mengetepikan (pertuduhan berkenaan) malah menyembunyikan laporan oleh Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.
Abdul Razak adalah bekas individu yang dilihat rapat dengan Najib dan pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu pada Oktober 2006.
Tiada kuasa tentu belian
Turut didakwa adalah dua pegawai keselamatan (ketika itu), Cif Inspektor Azilah Hadri, 40, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 44.
Kedua-dua bekas anggota polis elit itu sudah disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati namun Sirul Azhar kini berada di Australia dan ditahan pihak berkuasa imigresen negara berkenaan.
Hari ini Malaysiakini melaporkan Abdul Razak yang dikenali sebagai penganalisis politik mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) sebagai imbuhan atas khidmat perundingannya dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.
Bagaimanapun Abdul Razak menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Thales.
Altantuyaa didakwa menjadi penterjemah dalam perundingan pembelian kapal selam berkenaan.
"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.
"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.
Tidak bermakna apa-apa
Dr Mahathir berkata Abdul Razak tidak mempunyai kuasa menentukan pembelian kerajaan, tetapi Najib sebagai menteri pertahanan boleh membuat keputusan mengenainya.
"Apa pun, jika Razak atau syarikatnya menerima wang daripada pembuat kapal selam (di Perancis), dia perlu diheret di depan mahkamah Perancis," katanya.
Dalam pos sama bekas perdana menteri itu juga mengecam Najib serta Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini berkhidmat sebagai peguam negara.
Katanya, tindakan Mohamed Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku tidak membawa sebarang makna.
"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan dirinya sendiri, Najib mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa dia tidak bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Kata-kata peguam negara bahawa dia (Najib) tidak bersalah, tidak bermakna apa-apa.
"Kegagalan melakukan ini, Najib perlu meletak jawatan. Begitu juga semua pihak yang selama ini menggunakan kuasa masing-masing menyelamatkan Najib," katanya.
Duit banyak ni boleh rasuah munkar nakir ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Abdul razak ni pakar kapal selam ke utk diambil menajdi konsultan? Adakah dia lulusan kapal selam? Nek tempoyak pemakan dedak najib plg rajin pon cuma dpt rm5000 sebulan, bukan 50juta pound. Tak heran la razak sanggup buat mcm2, nek tempoyak pon jd gila dpt rm5000 sebulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baginda razak tu proxi najib dan rosmah...

      Padam
  2. Istihar Perang kat PM lah kau nie Bonggok tak habis habis..banyak dedak mamakkutty kau makan kasi konek jadi lebik.

    kenapa tak bawak isu TPPA..haramjaddah kau nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila jawab isu, Razak Baginda tu dibayar untuk konsultasi apa? Razak baginda bukannya pakar ketenteraan, bukan juga pakar membina kapal selam, atas justifikasi apa perlu konsultasi diperlukan dari Razak itu?

      Tak payah merapu ke lain pula, jawab isu. Apa dah jadi dengan Unit IT Untuk Macai Najib Only ni? Ahmad Maslan, apa dah jadi ni? Apa fungsi kau sebagai Ketua Biro IT Untuk Macai Najib Only ni, hasil kerja buruk, tak eeti jawb isu, kata dapat ijaxah luar negara CGPA 3.85, tapi tengok komen cybertrooper belaan kau ni, lebih teruk dari sampah sahajalah, macam mana kau latih mereka ni Ahmad Maslan?

      Lepas ni kena turun pangkat lagilah Ahmad Maslan, jadi Kdtua Biro Pencuci Tandas di PWTC pula lah, prestasi makin teruk.

      Teruskan perjuangan blogger Putra Merdeka, selamatkan negara ini, demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Bangang betullah kau ni . Tun Mahathir tak kasi Derma atau pun kasi Dedak . Hanya Ah Jib Gor sahaja yang kutip derma kemudian kasi makan DEDAK . Maklum lah kata CASH is KING.

      Padam
    3. Istihar perang konon...

      Tu si razak tu apa kepakaran dia sampai con-sultation rm137 juta?

      Mmg macam s*@l...kroni dia dpt juta2...rakyat pula disuruh berjimat...subsidi ditarik bagai...

      Padam
  3. Daripetikan artiel diataspun telah mengesahkan Pm tidak terlibat..so apa lagi li pikirlah sendri..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib adalah Menteri Pertahanan ketika pembelian kapal selam itu dibuat, apa yang tak ada kaitannya pula?

      Kepada cybertrooper Untuk Macai Najib Only, sudah-sudahlah nak merapu sana sini.

      Teruskan perjuangan blogger Putra Merdeka, demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Memang betul...memang pm tak terlibat...tapi kan.... Pm waktu itu bukan najip...

      Tapi sape menteri pertahanan? Jawab...jawab...

      Apsal pencacai pemakan dedak najip ni bangang2 belaka haaaa?

      Padam
  4. Razak pakar selam altantuya....
    Hihihi

    BalasPadam
  5. Razak pakar selam altantuya....
    Hihihi

    BalasPadam
  6. ...lepas najib selam serah kat razak pulak...
    Dua dua pakar selam le tu....

    BalasPadam
  7. Komisyen melantun sampai RM 137 juta. Entertainment meriah gila-gila ler tu. Persoalan masih tak ada jawapan sehingga hari ini kenapa 'amoi' Monggolia perlu diletupkan dengan bom? Seganas gangster bentong kali pun tewas hanya ditembak????

    BalasPadam
  8. Razak baginda sapu 137 juta...yg balance dari 500 juta tu...sape yg sapu...cuma nak tahu saja...

    BalasPadam
  9. Nampak sangat bangang betul menteri yg terlibat..konsultasi sahaja smp rm137 juta. Phuihhhh!

    BalasPadam
  10. Sejak jadi MB lagi tu....

    Kalau Tanya dia, umno Dan Menteri lain pun sama juga...

    Tak heran sebab 1mdb senang je dia cakap tak pakai duit rakyat...

    Banyak lagi bodoh Dan bebal dia tu, takkan habis nak komen kat sini...

    Yang jadi mangsa umno, Dan dah tiba masanya umno jadi pembangkang pula.


    BalasPadam