Betul ke Najib sayang parti? betul ke Najib sayang BN? Betul ke Najib benar benar sayang negara???
Rata rata bercakap...sama ada orang UMNO mahupun pembangkang..! sama ada pengundi mahupun bukan..! sama ada rakyat mahupun orang luar..! Di kota atau di desa..! di Mekah atau di Mukah..! semuanya boleh dikatakan senada..! seiya sekata..!
Apa dia? Rata rata bercakap..! Najib perlu berhenti..! Najib letak jawatan Perdana Menteri maka segalanya kembali pulih seperti sedia kala..!
Kenapa pula? kerana punca kepada semua permasalahan yang timbul kini ialah Najib..! Asas kerosakan dan kehinaan yang melanda negara kini adalah datang dari manusia yang bernama Najib..! So..jika Najib berhenti..punca nya sudah tiada..! Punca keruh sudah tiada maka pastinya air akan kembali jernih..!
Malah...ramai orang politik yang senada mengatakan bahawa jika Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri maka Tun M dan Muhyiddin pun akan hilang arah tujuan dalam membentuk parti BERSATU..!
Tun M jelas mahukan Najib berhenti...itu sebab Deklarasi Rakyat yang dilancarkan dulu pun hanya berpaksi kepada berhentinya Najib sebagai Perdana Menteri..! Secara tak langsung moral pembentukan parti BERSATU menjadi tidak relevan..!
Bagaimana pun, pemberhentian Najib juga perlu disusuli dengan perletakkan jawatan barisan penjilat@pengampu yang berjawatan Menteri@Timbalan Menteri..! Mereka juga sudah kotor terpalit..kerana jelas mereka bekerja demi Najib dan bukannya demi negara..!
Tak lupa juga mereka yang memegang amanah dan tanggungjawab di punca kuasa seperti di Jabatan AG, PDRM dan yang sewaktu@sekutu dengannya..! Mereka sudah tidak diyakini dalam mentadbir urus jabatan mereka lagi..!
Apa pun puncanya Najib..! Najib berhenti maka berhentilah ribut dan taufan..! berhentilah hujan..! cuaca akan kembali pulih..!
Soal siapa ganti..! Ikut fitrah politik semasa, sebagai orang nombor 2 maka Zahid Hamidi akan naik..! Walaupun akan ada yang histeria menjerit pekik dan mencebik..! Itu bukan perkara pelik..!
Tak pernah dalam sejarah negara, seorang Perdana Menteri berada didalam keadaan sedemikian rupa..! Najib pun sebenarnya merasai apa yang rakyat rasa..! Najib benar benar berada di dalam kondisi 'layar sudah dikembang ~ sauh sudah dilabuh'..! Meletak jawatan sahaja lah satu satunya cara untuk mengelak kapal karam dan runtuh..!
Disini sebenarnya persoalan di atas terhidang untuk dijawab..! Apakah benar Najib sayangkan UMNO dan BN serta Negara? Inilah masanya untuk Najib menjadi jaguh penyelamat bangsa dan negara..! Inilah masanya pahlawan bugis membuktikan keperwiraannya..!
Namun, apakah benar Najib sayang? kalau pun sayang apakah Najib benar benar berani?
Kerana kata para sahabat...berani ke Najib untuk berdepan dengan satu lagi institusi yang semua orang tahu wujud di'belakang' Najib selama ini..! Apakah Najib sudah bersedia untuk berpindah ke hotel selepas ini???
Kenapa???
Lu Fikir La Sendiri!!!