Memaparkan catatan dengan label mad maslan gst. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mad maslan gst. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

GST ~ Berdamailah Dengan Diri Sendiri Mad..!


Dek kerana tak tahan dengan kecaman pelbagai pihak keatas kenyataan masak sendiri maka Mad Maslan tampil dengan mengatakan...

Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta semua pihak berhenti memanipulasi cadangan yang dibuatnya semalam, meminta pelajar universiti memasak makanan mereka sendiri, mengatakan ia hanya ditujukan kepada mereka yang tinggal di luar kampus.
Timbalan menteri kewangan itu, dalam laporan Astro Awani hari ini, mempertahankan cadangannya sebagai sebahagian usaha mengurangkan beban dihadapi rakyat akibat pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April.
"Saya bercakap 2 jam 45 minit mengenai pelbagai topik, tetapi mereka ambil 1 baris saja - masak makanan sendiri," portal berita itu memetik beliau berkata.
"Saya tak kata masak di kampus, saya kata masak makanan sendiri. Lebih separuh pelajar tinggal di rumah sewa, dan saya cadangkan kepada mereka supaya masak makanan sendiri," katanya.
Ahmad menegaskan kepada portal itu, cadangannya hanya ditujukan kepada mereka yang tinggal di luar kawasan kampus universiti.
"Kami juga menasihatkan operator kantin kampus meletakkan harga yang munasabah untuk makanan yang mereka jual," katanya.
Tak fasal fasal hp dan komputer kita semua ada muka mad maslan..!

Hakikatnya Mad Maslan akui bahawa pelaksanaan GST telah MEMBEBANKAN rakyat..!

Hakikatnya Mad Maslan akui bahawa peniaga bermaharajalela meletakkan harga mengikut selera dan tekak mereka..!

Maka itu jer la saranan yang mampu Mad Maslan buat?

Sedangkan sebelum ini apa kata Mad Maslan..?

Jadi seharusnya Mad Maslan tahu dan dapat menghidu keresahan rakyat..! Cari dan selesaikan punca keresahan ini..!

Mana model terbaik pelaksanaan GST yang telah diamalkan di lebih 170 negara?

Mad Maslan tak perlu marah dengan pelbagai kecaman dan sindiran rakyat ke atas sikap dan kenyataan nya..! Mad Maslan perlu bermahasabah diri sendiri..! Akui dan mengakui..!

Faham tak Mad? Nampak tak? atau rakyat saban hari  yang semakin nampak..! Nampak seperti sel sel saraf lututnya mula berhubung..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!