Dek kerana tak tahan dengan kecaman pelbagai pihak keatas kenyataan masak sendiri maka Mad Maslan tampil dengan mengatakan...
Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta semua pihak berhenti memanipulasi cadangan yang dibuatnya semalam, meminta pelajar universiti memasak makanan mereka sendiri, mengatakan ia hanya ditujukan kepada mereka yang tinggal di luar kampus.
Timbalan menteri kewangan itu, dalam laporan Astro Awani hari ini, mempertahankan cadangannya sebagai sebahagian usaha mengurangkan beban dihadapi rakyat akibat pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April.
"Saya bercakap 2 jam 45 minit mengenai pelbagai topik, tetapi mereka ambil 1 baris saja - masak makanan sendiri," portal berita itu memetik beliau berkata.
"Saya tak kata masak di kampus, saya kata masak makanan sendiri. Lebih separuh pelajar tinggal di rumah sewa, dan saya cadangkan kepada mereka supaya masak makanan sendiri," katanya.
Ahmad menegaskan kepada portal itu, cadangannya hanya ditujukan kepada mereka yang tinggal di luar kawasan kampus universiti.
"Kami juga menasihatkan operator kantin kampus meletakkan harga yang munasabah untuk makanan yang mereka jual," katanya.
Tak fasal fasal hp dan komputer kita semua ada muka mad maslan..!
Hakikatnya Mad Maslan akui bahawa pelaksanaan GST telah MEMBEBANKAN rakyat..!
Hakikatnya Mad Maslan akui bahawa peniaga bermaharajalela meletakkan harga mengikut selera dan tekak mereka..!
Maka itu jer la saranan yang mampu Mad Maslan buat?
Sedangkan sebelum ini apa kata Mad Maslan..?
Jadi seharusnya Mad Maslan tahu dan dapat menghidu keresahan rakyat..! Cari dan selesaikan punca keresahan ini..!
Mana model terbaik pelaksanaan GST yang telah diamalkan di lebih 170 negara?
Mad Maslan tak perlu marah dengan pelbagai kecaman dan sindiran rakyat ke atas sikap dan kenyataan nya..! Mad Maslan perlu bermahasabah diri sendiri..! Akui dan mengakui..!
Mad Maslan tak perlu marah dengan pelbagai kecaman dan sindiran rakyat ke atas sikap dan kenyataan nya..! Mad Maslan perlu bermahasabah diri sendiri..! Akui dan mengakui..!
Faham tak Mad? Nampak tak? atau rakyat saban hari yang semakin nampak..! Nampak seperti sel sel saraf lututnya mula berhubung..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Pemimpin be end ni....
BalasPadamSembang pandai/Tak fikir dulu.....
Bila dah jalan baru gelabah....
Bukan dlm ekonomi jer... Dalam pendidikan pun sama(Menteri berubah... sistem berubah sampai guru/pelajar pening)
Dalam pertanian.... Thailand lagi lebih hadapan.
Dalam sukan... ????
Lain2 bidang pun serupa ler
Tukar PRU nanti.
kerajaan berpandangan bahawa gst mendapat sokongan rakyat kerana parti komponen bn terutama umno memberi mandat besar dan bersolidiriti terhadap kerajaan. oleh itu, gst mendapat restu daripada 48% rakyat yang mengundi bn pada pru13 yang lalu. kerajaan tak perlu ambil tahu hal rakyat yang menolak dan mengeluh pasal gst kerana mereka semua bukan penyokong kerajaan dan tak akan sama sekali memberi undi kepada kerajaan. maklumat yang diperolehi daripada mp bn, serta ketua bahagian dan cawangan umno, semua penyokong bn tidak mengalami sebarang masalah semasa berkaitan gst. harga barang dibeli dengan murah kerana brim digunakan untuk membayar gst dan subsidi sewaktu membeli. kebanyakan penyokong bn adalah orang miskin dan orang kaya pulak tak kisah dengan gst kerana kekayaan mereka untuk membayar lebih cukai. hanya penyokong pembangkang yang semuanya kaya terasa akan kehilangan kekayaan kerana membayar gst dan tidak mendapat brim. untuk pelajar u pulak, daftarlah sebagai pengundi untuk membuat keputusan di pru14 3 tahun lagi, sama ada menyokong gst atau tidak.
BalasPadam48% tu termasuk ramai golongan tua yg mungkin tak mengundi pru nanti.
BalasPadamTinggal student2 yg disuruh masak sendiri. Ramai tuh. Mereka ni kluar u/kolej nanti x tentu dapat keje lagi. Lagi marah tuh.
Bungkus le be end.
Poyo btol mat maslan ni, tgk muka pn hati pns . ✌
BalasPadamDari pm ke Menteri ... semua ahli kabinet ah jib gong ... blur ....
BalasPadamPilihanraya kecil Permatang Pauh dan Rompin akan menentukan sama ada rakyat juga blur sama seperti pemimpin mereka. Jika rakyat tidak blur .. pastinya undi untuk pembangkang meningkat ... harap2 rakyat tidak blur.
yang patut dipersalahkan adalah peniaga tamak... yang ambik kesempatan pada perlaksanaan gst.. pihak kerajaan pun satu hal.. dorang kata dah kaji sehalusnya.. tapi bab peniaga tamak ni ada x dorang kaji... peniaga2 kiasu ni macam mana pun akan manipulasi balik apa yg kerajaan buat... demi keuntungan survival perniagaan dorang... yg paling jadi masalah adalah sikap org2 kita juga yang terlalu menyokong perniagaan puak2 kiasu ni... pasal bab masak ni... aku mmg x sokong... kalu makan kat kedai pun kena gst... masak sendiri lagi la banyak gst nya... masa pun banyak terbuang... menteri ni patutnya lebih banyak berfikir sebelum buat statement... kalu x mmg makan sumpah seranah je la tiap hari... rakyat dah semakin bijak.. zaman ni x sama ngan zaman moyang kita dulu...
BalasPadamMasak batu,pasir n rumput utk mkn.confirm tak ade gst.otak letak mana bro...
BalasPadam