Memaparkan catatan dengan label mad maslan hasan malik bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mad maslan hasan malik bodoh. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Menteri Bongok Boleh Berhenti Bercakap Tak..!


Kadang kadang lebih baik la Menteri dan pemimpin lebihkan kerja dan kurangkan bercakap..! Bukan semua perkara kita boleh sebutkan..! Makin banyak bercakap makin rugi..! makin lari pengundi..!

Nak bagi BR1M bagi ajer la..! rakyat bersyukur dan berterima kasih..! tak payah nak ajar rakyat nak guna duit tu..! Rakyat tak sempat pun nak bermewah mewah dengan duit BR1M tu..! Lagi pulak bagi runcit RM300..nak mewah apa?

Tak ramai rakyat yang ada anak di London dan boleh membelikan mereka iphone 6 seperti mana anak Mad Maslan buat..! Tak payah nak melaram..! 

Sambil menayangkan iPhone 6 barunya kepada kakitangan awam hari ini, Datuk Ahmad Maslan menerangkan pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara ansuran supaya ia tidak disalahgunakan untuk membeli barangan mewah seperti itu.
BR1M dinaikkan dari RM450 ke RM750 dan dari RM650 ke RM950 bagi isi rumah berpendapatan rendah dalam kategori berbeza mulai tahun depan, dan akan diberi secara ansuran, dan bukan sekaligus seperti sebelum ini.
"Kalau diberi sekaligus RM950, dan bukannya tiga kali ansuran pada Januari, Mei dan September, mungkin kita boleh lihat rakyat mula membeli telefon bimbit baru seperti iPhone 6," katanya.
Ahmad ketika itu sedang berucap kepada kira-kira 200 kakitangan kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya.
Beliau kemudiannya mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa bayaran BR1M cukup untuk menampung tiga bulan perbelanjaan isi rumah rakyat yang layak menerimanya.
Seolah olah Mad Maslan hanya nak mengulang cerita yang sama dengan versi baru...versi anak dia belikan iphone 6...!!! pttuuiihhh..!
Lagi sorang Menteri ni pun sama..! Kalau setakat nak bagi tau pengusaha cendol kurangkan harga 20 sen, ianya tidak mengubah kenaikan harga barang barang keperluan lain yang sedang menyerang pengguna kini..! 
Sepatutnya Menteri mesti lebih fokus dan objektif dalam menyampaikan ucapan dan juga menjawab persoalan wartawan..! Isu penjual cendol seharusnya menjadi isu sokongan dan bukannya isu utama yang mahu disampaikan oleh Menteri dalam mengekang kenaikan harga barang didalam pasaran..!
Datuk Seri Hasan Malek meminta peniaga agar mencontohi pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga sebanyak 20 sen selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, perkara ini dikesan semasa pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara untuk memantau harga barangan bermula 2 hingga 12 Oktober lalu.


"Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen. Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.



Makin banyak bercakap makin meluat rakyat jadinya..! Akai ada kaa..!


Lu Fikir La Sendiri!!!