Memaparkan catatan dengan label marina bangang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label marina bangang. Papar semua catatan

Ahad, 21 Disember 2014

Marina Akui Dirinya Bangang..!


Iman dan taqwa memang tidak boleh diwarisi..! Kini Marina juga menambah bahawa kepandaian juga bukan sesuatu yang boleh diwarisi..! Bangang..!!!
Aktivis sosial, Datuk Paduka Marina Mahathir menentang usaha melaksanakan hukum Hudud di Kelantan kerana tidak sesuai dengan masyarakat berbilang agama.
Menurutnya, beliau berharap hukum tersebut tidak dilaksanakan kerana “Walaupun hukum Hudud hanya untuk warga muslim, tetapi kita hidup di dalam suasana masyarakat yang bercampur-campur, jadi kelak semua orang akan terlibat.”
Beliau yang juga merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan, mengikut apa yang diketahuinya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan hukum Hudud ini dilaksanakan.
Bahkan, Marina mendakwa, sekarang bukannya masa untuk Malaysia melaksanakan undang-undang seperti itu.
“Mengikut perlembagaan, setahu saya memang tidak boleh, saya harap ini bukan masanya untuk undang-undang Hudud macam ni,” ujarnya lagi.
Marina mendakwa, beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu akan memecah-belahkan masyarakat.
Dalam pada masa yang sama, Marina turut tidak menolak bahawa perlaksaan hukum Hudud ini mempunyai kaitan dengan politik yang dimainkan oleh PAS.
“PAS sudah membuat janji pada masa dahulu. Sekiranya tidak dilaksanakan, nanti orang kata PAS tidak ikut janji.
“Tetapi, PAS kena berjanji benda yang betul-betul, yang membawa kebaikan kepada masyarakat pada amnya dan bukannya pada satu-satu kumpulan sahaja,” katanya semasa ditemui media di Institut Pengurusan Wanita.
Lu Fikir La Sendiri!!!