Ahad, 21 Disember 2014

Marina Akui Dirinya Bangang..!


Iman dan taqwa memang tidak boleh diwarisi..! Kini Marina juga menambah bahawa kepandaian juga bukan sesuatu yang boleh diwarisi..! Bangang..!!!
Aktivis sosial, Datuk Paduka Marina Mahathir menentang usaha melaksanakan hukum Hudud di Kelantan kerana tidak sesuai dengan masyarakat berbilang agama.
Menurutnya, beliau berharap hukum tersebut tidak dilaksanakan kerana “Walaupun hukum Hudud hanya untuk warga muslim, tetapi kita hidup di dalam suasana masyarakat yang bercampur-campur, jadi kelak semua orang akan terlibat.”
Beliau yang juga merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan, mengikut apa yang diketahuinya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan hukum Hudud ini dilaksanakan.
Bahkan, Marina mendakwa, sekarang bukannya masa untuk Malaysia melaksanakan undang-undang seperti itu.
“Mengikut perlembagaan, setahu saya memang tidak boleh, saya harap ini bukan masanya untuk undang-undang Hudud macam ni,” ujarnya lagi.
Marina mendakwa, beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu akan memecah-belahkan masyarakat.
Dalam pada masa yang sama, Marina turut tidak menolak bahawa perlaksaan hukum Hudud ini mempunyai kaitan dengan politik yang dimainkan oleh PAS.
“PAS sudah membuat janji pada masa dahulu. Sekiranya tidak dilaksanakan, nanti orang kata PAS tidak ikut janji.
“Tetapi, PAS kena berjanji benda yang betul-betul, yang membawa kebaikan kepada masyarakat pada amnya dan bukannya pada satu-satu kumpulan sahaja,” katanya semasa ditemui media di Institut Pengurusan Wanita.
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. apa yg marina takut sangat...saya sokong umno tapi tak tolak hudud...elok mulakan kat kelantan kerana di sana ramai kena hiv di sebabkan gemar berzina.....kalau yg dah kawin pun berzina ..elok direjam dgn batu aje....kalau panggil aku jadi tukang rejam ...aku sanggup....marina takut kena rejam ke????

    BalasPadam
  2. Kalau kita tidak melakukan apa yang dilarang nak tak apa dengan HUDUD ?
    Bangang betul Si Marina ini.

    Hukum gantung kerana mengedar dadah .
    Kita tak lakukan ,apa yang hendak di takutkan.

    Sama seperti HUDUD . Jadi apa yang hendak ditakutkan ?

    Kebodohan Marina menyerlah . Dia satu GENG dengan Anti Islam yang tidak mahu lihat keindahan hukum Allah.

    One more time . Bangang betul Marina .
    Sedih tengok Tun dapat anak yang BANGANG


    BalasPadam
  3. Kalau hukum hudud dilaksanakan mestilah Stopa Ali kena hukum dulu. Mana mungkin Pas berani laksanakan hukum hudud. Pas dok auta penyokong partinya saja ,Pas pun Raja segala Pelakon gak. Kata umno kafir join MCA dan MIC .... tu yg Pas join DAPigs apa lak namanya . Esok ni B4 PRU-14 Pas declare kluar dari PR.... Kata lagi Umno kafir... PooooDah Nik Aziz hg tanggunglah rsok dialam barzakh... Ko tu pemimpin yg akan kena tanya dulu.

    BalasPadam
  4. tak sampai hati konon untuk melihat pesalah dikenakan hukuman hudud. kenapa dihukum? jika tak melakukan kesalahan kenapa perlu takut? adakah marina lupa kepada mangsa si pesalah? siapakah yang akan membela nasib si mangsa? kegagalan pertama tun ialah mendidik marina menjadi insan solehah selain kegagalan lain dengan membawa anwar masuk ke dalam umno.

    BalasPadam
  5. Anak buat salah kerana anak yang buat pilihan. Marina sudah lebih dari akil baligh. Cuma Marina ni suka berkawan dengan orang yang songsang.

    Pernah kahwin dengan Mat Salleh. Mana pi Mat Salleh tu pun tak tau. Hidup Marina hanya ikut hatinya. Memang dari zaman sekolah lagi Marina ni seorang yang berlagak.

    Bab Marina n i bagi orang yang kenal dia. Ada pun tak menambah tak ada pun tak dirasai.

    BalasPadam