Dah la BN dan UMNO dilanda pelbagai isu nasional luar dan dalam..! Ditambah lagi dengan 'kehendak' Ketua Ketua Bahagian di Kedah yang baru terfikir untuk menukar MB setelah lebih 2 tahun PRU berlalu dan yang lebih menyedihkan PRU akan datang yang hampir di hujung 'pintu'. Tapi kalau tanya Mad Maslan 'esok takde pilihanraya'..!
Menteri Agama yang seharusnya menjadi penyatu rupanya tak bertindak begitu..! Supol PM yang seharusnya menjadi penenang rupanya dikatakan lebih bertindak sebagai perancang..! Johari Baharom yang bernaung didalam politik sejak zaman Tun M, Pak Lah dan kini Najib seharusnya menjadi pengaman namun sebaliknya diberitakan tidak akan mudah puas selagi dirinya tidak menjadi Menteri..!
Apa kah benar mereka peduli atas masa depan
UMNO dan BN di Kedah? Sebaliknya bagi mereka...
Tidak timbul isu Adun di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau difahamkan majoriti Adun telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.
"Nak sign signlah...kena ada keberanian. Anda YB, takde paksa, rela...YB kena ada stand (pendirian), itu baru wakil rakyat.
"Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di sini hari ini.
Beliau mengulas maklumat yang viral di media sosial bahawa 19 daripada 21 Adun BN di Kedah telah menandatangani akuan tersebut.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad Bashah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri.
Krisis itu berlarutan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan Umno Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, beliau tidak mengetahui jumlah sebenar Adun yang menandatangani akuan tersebut kerana itu diuruskan oleh seorang rakannya yang bergelar 'YB'.
Jalan terus..! janji hati puas..!
Sedangkan rakyat melihat secara dekat isu ini..! Bukan sahaja rakyat Kedah malah seluruh negara sedang memerhati gelagat Ketua Ketua Bahagian ni..!
Sayugia diingatkan...
Cubaan pimpinan Umno Kedah menyingkirkan menteri besar negeri itu akan memakan diri, kerana Barisan Nasional (BN), parti pemerintah di negeri itu, akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri yang juga bapa menteri besar itu berkata, mereka yang berusaha menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak mempunyai rekod kepimpinan yang baik.
"Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya.
"Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang," beliau dipetik berkata Mstar Online, hari ini.
Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menasihati anaknya itu tiada perkara yang mustahil dalam berpolitik.
"Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh.
"Kadang-kadang rakan berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan," katanya menurut laporan portal berita itu.
Berhubung khabar angin kononnya beliau akan diangkat menjadi menteri besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz, Ahmad Bashah berkata, terpulang kepada keputusan Najib selaku presiden parti.
"Terpulang kepada presiden parti, itu hak beliau, siapa-siapa pun yang jadi menteri besar kami akan sokong. Kami yakin dengan kebijaksanaan beliau (Najib)," katanya.
Kesian tengok gelagat Ketua Ketua Bahagian ni..!
Berjangkit ke negeri lain tak?
Lu FIkir La Sendiri!!!
