Dah la BN dan UMNO dilanda pelbagai isu nasional luar dan dalam..! Ditambah lagi dengan 'kehendak' Ketua Ketua Bahagian di Kedah yang baru terfikir untuk menukar MB setelah lebih 2 tahun PRU berlalu dan yang lebih menyedihkan PRU akan datang yang hampir di hujung 'pintu'. Tapi kalau tanya Mad Maslan 'esok takde pilihanraya'..!
Menteri Agama yang seharusnya menjadi penyatu rupanya tak bertindak begitu..! Supol PM yang seharusnya menjadi penenang rupanya dikatakan lebih bertindak sebagai perancang..! Johari Baharom yang bernaung didalam politik sejak zaman Tun M, Pak Lah dan kini Najib seharusnya menjadi pengaman namun sebaliknya diberitakan tidak akan mudah puas selagi dirinya tidak menjadi Menteri..!
Apa kah benar mereka peduli atas masa depan
UMNO dan BN di Kedah? Sebaliknya bagi mereka...
Tidak timbul isu Adun di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau difahamkan majoriti Adun telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.
"Nak sign signlah...kena ada keberanian. Anda YB, takde paksa, rela...YB kena ada stand (pendirian), itu baru wakil rakyat.
"Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di sini hari ini.
Beliau mengulas maklumat yang viral di media sosial bahawa 19 daripada 21 Adun BN di Kedah telah menandatangani akuan tersebut.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad Bashah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri.
Krisis itu berlarutan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan Umno Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, beliau tidak mengetahui jumlah sebenar Adun yang menandatangani akuan tersebut kerana itu diuruskan oleh seorang rakannya yang bergelar 'YB'.
Jalan terus..! janji hati puas..!
Sedangkan rakyat melihat secara dekat isu ini..! Bukan sahaja rakyat Kedah malah seluruh negara sedang memerhati gelagat Ketua Ketua Bahagian ni..!
Sayugia diingatkan...
Cubaan pimpinan Umno Kedah menyingkirkan menteri besar negeri itu akan memakan diri, kerana Barisan Nasional (BN), parti pemerintah di negeri itu, akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri yang juga bapa menteri besar itu berkata, mereka yang berusaha menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak mempunyai rekod kepimpinan yang baik.
"Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya.
"Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang," beliau dipetik berkata Mstar Online, hari ini.
Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menasihati anaknya itu tiada perkara yang mustahil dalam berpolitik.
"Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh.
"Kadang-kadang rakan berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan," katanya menurut laporan portal berita itu.
Berhubung khabar angin kononnya beliau akan diangkat menjadi menteri besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz, Ahmad Bashah berkata, terpulang kepada keputusan Najib selaku presiden parti.
"Terpulang kepada presiden parti, itu hak beliau, siapa-siapa pun yang jadi menteri besar kami akan sokong. Kami yakin dengan kebijaksanaan beliau (Najib)," katanya.
Kesian tengok gelagat Ketua Ketua Bahagian ni..!
Berjangkit ke negeri lain tak?
Lu FIkir La Sendiri!!!
Sebelum ini pernah ada ura-ura mengenai undi tidak percaya terhadap Najib melalui surat akuan, Zahid Hamidi telah menuduh itu adalah perbuatan menggulingkan kerajaan dan dia telah mengarahkan PDRM untuk menangani perkara ini.
BalasPadamKini Bashah Boboi dan kuncu-kuncu buat cara yang sama, mereka telah memaksa ADUN-ADUN Barisan Nasional di Kedah supaya tandatangan surat akuan tidak percaya kepada kepimpinan Datuk Seri Mukhriz, dalam hal ini Zahid Hamidi tak mau ambil tindakan arahkan pihak PDRM bertindak atas sebab rampasan kuasa dan menggulingkan kerajaan ke?
Sehubungan dengan itu, Zahid Hamidi perlu bertindak, Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara perlu bertindak dengan menangkap Bashah Boboi dan kuncu-kuncu kerana telah bertindak menggulingkan kerajaan yang sah di Kedah.
Satu persatu perancangan jahat Najib dan kuncu-kuncu terbongkar.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Apa citer 16 September?
PadamTanpa Nama26 Januari 2016 9:39 PG, aku bukan penyokong PKR, PAS, atau DAP, aku tak peduli pun dengan 16 September tu sebab itu dah terbukti pembohongan Anwar, tapi sekarang ni isu mengenai kelangsungan UMNO, kepentingan UMNO, rakyat dah tengok Najib dan kuncu-kuncu dah main wayar putus sejak akhir-akhir ini, maka lebih elok kau ulas mengenai komen aku di atas.
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Lihat ini: http://www.astroawani.com/berita-politik/bersekongkol-untuk-guling-kerajaan-satu-tindakan-tidak-demokratik-salleh-70027
BalasPadamhttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-ketuai-gerakan-jatuhkan-kerajaan-kata-tpm
https://www.malaysiakini.com/news/196924
Tengoklah kenyataan dari Salleh Keruak, Zahid, dan Najib mengenai isu menggulingkan kerajaan, mereka menuduh tak boleh gulingkan kerajaan yang sah, tetapi mereka sendiri mengainaya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan menyokong rampasan kuasa dan menggulingkan kerajaan Kedah yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Tengoklah perangai munafik puak-puak Najib ni, bila terdapat ura-ura nak diadakan undi tak percaya di parlimen, serta ahli parlimen hendak menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Najib maka itu dituduh sebagai rampasan kuasa, menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah bagai, tapi kini bila Bashah Boboi dan kuncu-kuncu dengan kerjasama Najib menggulingkan kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir tak apa pula, tak ada pun suara dari Zahid yang mengecam tindakan menggulingkan kerajaan itu, malahan Najib pula menyokong perbuatan tersebut, kerana itu adalah rancangan dia sendiri.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Apa citer kes TS Khalid kat Selangor? Tak ulas ke?
PadamOrang sayangkan umno... Faham
PadamPerangai Najib sama macam perangai Anwar, kemaruk kuasa, seleweng, salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.
PadamJika Anwar sanggup ainaya Tan Sri Khalid, Najib pula sanggup ainaya Datuk Seri Mukhriz pula.
Persamaan antara Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Mukhriz adalah mereka pemimpin yang berprinsip mentadbir untuk kepentingan rakyat, mereka tak suka politiking, Tan Sri Khalid lebih mengutamakan pembangunan negeri Selangor, beliau tak suka politik tak tentu hala, begitu juga dengan Datuk Seri Mukhirz, beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat, banyak projek untuk rakyat diusahakan, beliau tak kisah dengan politik selepas pilihanraya, kerana selepas pilihanraya adalah masa untuk bekerja, bukannya berpolitik siang malam tak tentu hala, sebab itulah orang PAS pun selesa dan berkawan dengan Datuk Seri Mukhriz, sebab bagi Datuk Seri Mukhriz, hal politik tu masa politik pilihanraya sahajalah, dah habis pilihanraya, tak perlulah politik lebih-lebih sangat, sebab tu beliau tak kisah melawat kampung yang kuat PAS, bersembang dengan ahli-ahli PAS, melawat pondok-pondok serta beramah mesra dengan orang-orang pondok yang kebanyakkan adalah orang kuat PAS, bagi beliau dia adalah Menteri Besar Kedah untuk seluruh rakyat Kedah termasuklah penyokong PAS, PKR, DAP, dan sebagainya, dan apatah lagi penyokong Barisan Nasional.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
"Apa citer kes TS Khalid kat Selangor? Tak ulas ke?"
PadamKenapa nak ulas pasal ts khalid..??
Apa kaitan..??
Kami disini penyokong umno dan ingin melihat umno terus bjaya..walaupun pahit, perit dan dibidas dari pelbagai sudut oleh segelintir ahli umno yg tdk sealiran..
Namun, perjuangan tetap diteruskan..!!!
Kerana kami percaya.. akhirnya kebenaran akan muncul tiba!!
Kuasa allah swt mengatasi segala2nya..!!!
Wayang...umno dh tenat pun nk main wayang tamil..jamil khir memang bingai..golf siang malam..azeez rahim lagi tak boleh harap..tlg org pun nk cari publisiti...tolong orang, tipu orang..ProOO00ootTt
BalasPadamHebat cara UMNO nak menangi PRU14
BalasPadamKacau kopi dalam cawan dengan blender tangan !!!
Inovasi terhebat
Najib Razak memang dah dan akan terus menjahanamkan UMNO, 90% rakyat dah hilang kepercayaan, yg setia kt Najib cuma nak kan duit je, BN memang akan kalah kalau PRU di adakan, tu pun pemimpin UMNO x de kepala otak
BalasPadamPolitician!!!
BalasPadamThey are nothing but a bunch of Selfish Useless & Hopeless Brat!!!
They only think of their own interest!!!
Tindakan yang paling wajar ialah gulingkan Najib dan Barua2 nya!!
BalasPadamJahanam Melayu asyik bergadoh sesama sendiri!!
BalasPadamAda PM pulak tak sudah2 dgn Kebognokkan nya!!
Mansuhkan ISA akibatnya Cina Kominis Bangsat Besar Kepala!!
SIALLA!!!!!
Tahniah.Malaysia berjaya menghasilkan DEDAK gred A+.Songkok lebai letak tepi
BalasPadamTahniah.Malaysia berjaya menghasilkan DEDAK gred A+.Songkok lebai letak tepi
BalasPadamSudah lah mereka membisu ttg kemungkaran Najib Dan langsung tak menggesa nya berundur,sebalik nya sibuk menggesa pemimpin yg bersih pulak berundur!!
BalasPadamnice sharegan bagus artikelnya
BalasPadamSouvenir Bali Murah