Memaparkan catatan dengan label mb selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mb selangor. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

Anwar Akui Masih Bodoh..!


Anwar dan sekutunya termasuk para pakar strategi mereka mengakui bahawa mereka tetap bodoh lagi membodohkan..!!!

SHAH ALAM: Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui negeri itu disarankan membuat keputusan terhormat dengan meletak jawatan, demikian pendapat beberapa penganalisis politik. 

Mereka berkata tindakan itu paling wajar dilakukan, khususnya untuk exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandangkan parti itu yang bertanggungjawab memulakan kempen untuk menyingkirkan Abdul Khalid daripada kerusi Menteri Besar. 

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata exco berkenaan tidak sewajarnya bermain teka-teki berhubung pendirian mereka dalam isu berkenaan. 

"Mereka daripada PKR dan DAP perlu menghormati pendirian parti yang terang-terangan mahu menyingkirkan Abdul Khalid, jadi tidak adil untuk mereka menyatakan akan berkhidmat untuk rakyat pula sebagai alasan kekal sebagai exco," katanya. 

Ahmad Marthada berkata exco berkenaan juga perlu sedar bahawa mereka dilantik oleh Abdul Khalid atas kapasiti sebagai MB, yang kini bergantung kepada sokongan daripada PAS dan parti lawan, Barisan Nasional (BN) berhubung kedudukannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. 

Kedudukan Abdul Khalid selaku menteri besar mulai goyah apabila beliau diminta parti untuk mengosongkan kerusi itu, dan PKR mencadangkan agar jawatan itu diberikan kepada presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Krisis itu meruncing apabila Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang dipecat daripada PKR pada Sabtu lalu, yang menyebabkan kedudukan terkini DUN Selangor menjadi PAS (15), DAP (15), PKR (13), BN (12) dan Bebas (1).

Ahmad Marthada juga berkata cabaran kepada Abdul Khalid kini adalah untuk membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada DUN, supaya dapat memberi kelegaan kepada pihak yang terlibat dalam insiden itu, termasuk kepada rakyat, yang semakin bosan dengan 'drama' ini. 

Ahli GeoStrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan juga bersetuju agar exco berkenaan meletak jawatan atau Abdul Khalid menggunakan kapasiti sebagai menteri besar untuk menggugurkan mereka yang berbeza pandangan bagi melicinkan pentadbiran. 

"Parti politik kena sedar bahawa dalam 'permainan' ini, orang yang cuba disingkirkan itu (Abdul Khalid) berada dalam kedudukan lebih tinggi dan mendapat sokongan daripada Sultan (Sharafuddin Idris Shah). 

"Sekurang-kurangnya setakat ini, masa berpihak kepada Abdul Khalid sehingga ada usul untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya, namun sidang DUN tergempar memerlukan persetujuan Sultan," katanya dan menambah, krisis ini mungkin akan timbul kembali pada sidang DUN yang dijadualkan pada Oktober ini. 

Ditanya sama ada Abdul Khalid boleh memilih jalan selamat dengan melantik exco baharu daripada PAS sahaja, yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepadanya, Azmi berkata adalah tidak sesuai jika jawatan itu dimonopoli satu parti. 

"Apalagi mengambil kira faktor PAS bukan majoriti dalam DUN Selangor, jadi lebih baik beliau melantik juga wakil daripada BN memandangkan parti itu juga berdiri di belakang beliau dalam krisis ini," katanya. 

Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata Abdul Khalid tidak perlu terlalu 'berlembut' berhubung kedudukan exco PKR atau DAP, kerana beliau kini adalah 'MB bebas tidak boleh disentuh PKR dalam politik atau mempunyai kebertanggungjawaban kepada parti itu'. 

"Bagaimanapun Abdul Khalid perlu terus bersedia kerana tidak mustahil beliau akan terus diaibkan atau persoalan mengenai integritinya terus dipersoalkan," katanya. 

Chandra secara peribadi berpendapat exco PKR dan DAP akan terus berpaksikan kepada pendirian parti untuk tidak menyokong Abdul Khalid atas dasar semangat kepartian. 

"Mereka masih boleh bekerja dengan Abdul Khalid, namun bimbang pula dikatakan membelakangkan parti, dan sebenarnya mereka juga masih mempunyai pilihan ketiga iaitu menjadikan kepentingan rakyat Selangor sebagai keutamaan dan buat keputusan secara individu dengan keluar parti," katanya. 

Beliau berkata, Abdul Khalid juga boleh membuka fenomena baharu dengan melantik wakil BN sebagai exco, sekali gus akan mengetuai kerajaan campuran, namun ia memerlukan persetujuan daripada BN. 

"Sekarang ini, Abdul Khalid amat memerlukan sokongan daripada BN kerana kerajaan minoriti di Selangor tidak stabil dan bila-bila masa sahaja mereka yang menentangnya boleh membawa usul undi tidak percaya terhadapnya," katanya.

Lu FIkir La Sendiri!!!

Jumaat, 7 Mac 2014

Anwar Kempunan Kerusi MB..!


Anwar memang merancang..! Namun Khalid jugak merancang..! yang pasti rancangan Allah la yang akan terlaksana..!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan akan terus mempertahankan jawatannya selagi diterima oleh rakyat.

Abdul Khalid mengakui terdapat desakan kumpulan tertentu supaya berundur namun beliau tidak akan sesekali tunduk.

Katanya, dalam sejarah kariernya termasuk dalam sektor korporat, beliau sudah terbiasa dengan rasa tidak senang orang lain.

“Insya Allah saya akan tetap menjadi Menteri Besar selagi diterima oleh rakyat.
“Rasa tidak senang itu bukan hari ini sahaja sebaliknya sejak mengambil alih Selangor, ramai orang tidak senang tetapi saya senang juga," katanya.

Beliau ditemu bual dalam program bual bicara Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) air yang disiarkan TV3 malam ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut-sebut bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Kita tunggu rancangan siapa yang bakal di izinkan oleh NYA..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 10 Mei 2013

Apabila Anjing Menganjing...



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin memberitahu DAP dan PAS untuk tidak campur tangan dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

"Saya membaca akhbar bahawa PAS dan DAP mahu Menteri Besar supaya dikekalkan. Kemudian Rani (Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman) berkata beliau bersedia untuk menjadi MB.

"Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan mereka ini?" katanya, sambil menambah bahawa beliau tertanya-tanya sama ada mereka itu adalah gila kuasa.

Dalam temu bual dengan Antarapos, Zuraida mempersoalkan kesungguhan kedua-dua pihak Pakatan Rakyat untuk campur tangan dalam pelantikan Menteri Besar itu.

"Keputusan belum dibuat. Ini adalah kerusi Keadilan itu. Mengapa mereka begitu bersemangat untuk menamakan diri mereka atau seseorang untuk jawatan itu?" soal beliau.

Beliau berkata, jawatan berkenaan adalah untuk PKR dan parti itu perlu diberi ruang dalam menentukan individu yang terbaik untuk berkhidmat tanpa gangguan daripada pihak ketiga.

PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada pilihan raya umum yang baru berakhir. PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi.
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipetik sebagai berkata bahawa DAP Selangor menyokong penuh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga telah membuat kenyataan yang sama.

Sementara itu, sumber-sumber PKR berkata bahawa PKR, PAS dan DAP telah mengesahkan pelantikan Khalid dan bahawa majlis angkat sumpah itu dijangka diadakan pada awal minggu depan.

Lu FIkir La Sendiri!!!