Anwar memang merancang..! Namun Khalid jugak merancang..! yang pasti rancangan Allah la yang akan terlaksana..!
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan akan terus mempertahankan jawatannya selagi diterima oleh rakyat.
Abdul Khalid mengakui terdapat desakan kumpulan tertentu supaya berundur namun beliau tidak akan sesekali tunduk.
Katanya, dalam sejarah kariernya termasuk dalam sektor korporat, beliau sudah terbiasa dengan rasa tidak senang orang lain.
Insya Allah saya akan tetap menjadi Menteri Besar selagi diterima oleh rakyat.
Rasa tidak senang itu bukan hari ini sahaja sebaliknya sejak mengambil alih Selangor, ramai orang tidak senang tetapi saya senang juga," katanya.
Beliau ditemu bual dalam program bual bicara Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) air yang disiarkan TV3 malam ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut-sebut bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
Kita tunggu rancangan siapa yang bakal di izinkan oleh NYA..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan