Memaparkan catatan dengan label mca umno najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mca umno najib jahanam. Papar semua catatan

Ahad, 11 September 2016

PANAS ~ MCA Sudah Mula Kutuk Najib Secara Terbuka..?


Ikan busuk di kepala..! 

MCA: Umno hanya jaguh kampung, penting survival sendiri

Umno menjadi punca di sebalik kejatuhan BN kerana lebih mengutamakan survival sendiri dan menikmati sokongan pengundi luar bandar di kawasan majoriti Melayu dengan mengorbankan rakan-rakan gabungannya, kata MCA.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker berkata, kecenderungan Umno untuk menjadi jaguh kampung telah menyebabkan kekalahan BN di kawasan bandar.
Ujar beliau, tidak berguna jika BN terus menjadi wira kampung , bersorak di luar bandar tetapi terpaksa menggadai kerusi bandar sebagai balasan.
"Atas kesedaran inilah maka kita perlu berubah, mengembalikan BN ke tahap cemerlang yang dikecapi suatu masa yang lalu sebelum para pemimpin Umno mula berbalah sesama sendiri dan hanya mengutamakan survival Umno dan tidak kepada survival BN secara keseluruhannya," jelas Ti lagi.
Itu dulu..! jaguh kampung..! Dalam PRK Rompin PDM kampung dan Felda pun peti undi UMNO kalah macam mana nak jadi jaguh lagi..!
Lepas ni alamat...kampung dan bandar la kalah..!
Apa yang tinggal?
Lu FIkir La Sendiri!!!