MEMALUKAN MALAYSIA (Versi Bahasa Melayu)
1. Ada satu masa tidak berapa lama dahulu apabila Malaysia dikagumi kerana kejayaan meningkatkan dirinya daripada sebuah negara dunia ketiga yang miskin menjadi sebuah negara industry baru yang stabil. Tiada siapa meragui bahawa ia akan mengumumkan hasratnya untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.
2. Tetapi hari ini apabila kita pergi ke luar negara, kita akan disoal “Apa yang berlaku kepada negara anda?” Ada yang mengatakan 1MDB dan unsur korup di dalam Kerajaan penyebab kehilangan berbilion-bilion dollar. Ramai yang memberi komen tentang gaya hidup mewah Perdana Menteri.
3. Mereka bertanyakan soalan sebegini kerana suratkhabar-suratkhabar asing yang bereputasi tinggi telah menerbitkan cerita-cerita tentang 1MDB, tentang berbilion dolar wang untuk kegunaan PM sendiri, tentang jumlah wang yang besar di dalam akaun peribadinya, tentang gaya hidup mewah beliau. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia mampu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti yang dilakukan untuk anak perempuannya.
4. Walaupun rakyat Malaysia membaca hanya perkara-perkara yang baik mengenai Najib di dalam media tempatan tetapi media alternatif tidak menyembunyikan perkataan apabila menyuarakan rasa meluat mereka dengan Najib dan pengampu yang melindunginya. Apabila Wall Street Journal melaporkan bahawa PM mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya di AmBank, dunia mentertawakan Najib kerana mendakwa ini adalah derma yang diberi orang Arab.
5. Kemudiannya ada pula kisah pembelian kapal selam dari syarikat Perancis. Kini dihadapkan di mahkamah Perancis. Razak Baginda, rakan karib Najib, dan syarikat-syarikat yang dimiliki beliau telah dinamakan dalam kes mahkamah.
6. Razak tidak punyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai pembelian Kerajaan. Tetapi Najib sebagai Menteri Pertahanan telah melakukannya. Apa pun, sekiranya Razak atau syarikatnya menerima wang dari pembuat kapal selam; dia harus ditahan di hadapan mahkamah Perancis.
7. Peguam Negara Malaysia pasti tidak akan mendakwa Razak kerana ia mungkin membawa kepada perkaitan nama Najib. Peguam Negara telahpun bukan sahaja menolak bahkan menyembunyi laporan oleh Bank Negara dan SPRM.
8. Kesemua ini dan banyak lagi telah memberikan nama buruk buat Malaysia. Nama Najib sememangnya lebih buruk. Rakyat Malaysia secara umumnya berasa malu dengan perkara-perkara ini dan Perdana Menteri berperanan dalam skandal sebegini.
9. Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib mesti membuktikan di luar bayangan keraguan bahawa dia tidak bersalah terhadap semua pertuduhan ini. Peguam Negara berkata beliau tidak bersalah tidak membawa apa-apa makna. Dia, Peguam Negara yang tidak punyai kredibiliti.
10. Kegagalan melakukan ini memerlukan Najib meletakkan jawatan. Juga kepada kesemua mereka-mereka yang telah membantu menutupi kesalahan ini dan salahguna kuasa untuk menyelamatkan Najib.
11. Malaysia mesti dibebaskan daripada seorang Perdana Menteri yang berprestasi buruk sekiranya ingin meraih semula reputasinya.
Puak puak ni faham ke? Satu badan dah tinggal seluar dalam jer..! satu dunia ketawakan kita..! Reti malu ke?
Dalam keadaan aib yang hanya memakai seluar dalam malangnya para punahsihat akan menyanyi di telinga...'untuk mengelak malu, buka seluar dalam dan pakai di muka..!'
Giler..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
