Sabtu, 6 Februari 2016

Memalukan Malaysia - Tun M..!


MEMALUKAN MALAYSIA (Versi Bahasa Melayu)

1. Ada satu masa tidak berapa lama dahulu apabila Malaysia dikagumi kerana kejayaan meningkatkan dirinya daripada sebuah negara dunia ketiga yang miskin menjadi sebuah negara industry baru yang stabil. Tiada siapa meragui bahawa ia akan mengumumkan hasratnya untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

2. Tetapi hari ini apabila kita pergi ke luar negara, kita akan disoal “Apa yang berlaku kepada negara anda?” Ada yang mengatakan 1MDB dan unsur korup di dalam Kerajaan penyebab kehilangan berbilion-bilion dollar. Ramai yang memberi komen tentang gaya hidup mewah Perdana Menteri.

3. Mereka bertanyakan soalan sebegini kerana suratkhabar-suratkhabar asing yang bereputasi tinggi telah menerbitkan cerita-cerita tentang 1MDB, tentang berbilion dolar wang untuk kegunaan PM sendiri, tentang jumlah wang yang besar di dalam akaun peribadinya, tentang gaya hidup mewah beliau. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia mampu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti yang dilakukan untuk anak perempuannya.

4. Walaupun rakyat Malaysia membaca hanya perkara-perkara yang baik mengenai Najib di dalam media tempatan tetapi media alternatif tidak menyembunyikan perkataan apabila menyuarakan rasa meluat mereka dengan Najib dan pengampu yang melindunginya. Apabila Wall Street Journal melaporkan bahawa PM mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya di AmBank, dunia mentertawakan Najib kerana mendakwa ini adalah derma yang diberi orang Arab.

5. Kemudiannya ada pula kisah pembelian kapal selam dari syarikat Perancis. Kini dihadapkan di mahkamah Perancis. Razak Baginda, rakan karib Najib, dan syarikat-syarikat yang dimiliki beliau telah dinamakan dalam kes mahkamah.

6. Razak tidak punyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai pembelian Kerajaan. Tetapi Najib sebagai Menteri Pertahanan telah melakukannya. Apa pun, sekiranya Razak atau syarikatnya menerima wang dari pembuat kapal selam; dia harus ditahan di hadapan mahkamah Perancis.

7. Peguam Negara Malaysia pasti tidak akan mendakwa Razak kerana ia mungkin membawa kepada perkaitan nama Najib. Peguam Negara telahpun bukan sahaja menolak bahkan menyembunyi laporan oleh Bank Negara dan SPRM.

8. Kesemua ini dan banyak lagi telah memberikan nama buruk buat Malaysia. Nama Najib sememangnya lebih buruk. Rakyat Malaysia secara umumnya berasa malu dengan perkara-perkara ini dan Perdana Menteri berperanan dalam skandal sebegini.

9. Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib mesti membuktikan di luar bayangan keraguan bahawa dia tidak bersalah terhadap semua pertuduhan ini. Peguam Negara berkata beliau tidak bersalah tidak membawa apa-apa makna. Dia, Peguam Negara yang tidak punyai kredibiliti.

10. Kegagalan melakukan ini memerlukan Najib meletakkan jawatan. Juga kepada kesemua mereka-mereka yang telah membantu menutupi kesalahan ini dan salahguna kuasa untuk menyelamatkan Najib.

11. Malaysia mesti dibebaskan daripada seorang Perdana Menteri yang berprestasi buruk sekiranya ingin meraih semula reputasinya.


Puak puak ni faham ke? Satu badan dah tinggal seluar dalam jer..! satu dunia ketawakan kita..! Reti malu ke?

Dalam keadaan aib yang hanya memakai seluar dalam malangnya para punahsihat akan menyanyi di telinga...'untuk mengelak malu, buka seluar dalam dan pakai di muka..!'

Giler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Mohd Najib adalah pemimpin utama negara masa kini.dasar2 transformasi ekonomi yg telah diambil oleh pm terkini telah mengelakkan negara kita daripada terjerumus kepada krisis ekonomi seperti yg dihadapi oleh kebanyakan negara.Malaysia masih lagi berupaya menikmati pertumbuhan 4%-5% kdnk berbanding negara jiran seperti Thai,Indon dn Philipin malah singapore yg menguncup pertumbuhanya.Ini bukan sembang bro terkini fakta dari imf sebuah badan perbankan yg diiktiraf dunia telah mamuji dasar2 transformasi pemerintah utama dan pasukkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. WOI BANGANG! Untuk pengetahuan ko IMF itu yahudi punya! cuba kau tengok latarbelakang IMF tu siapa disebaliknya!


      Nek Tempoyak

      Padam
  2. Najib..
    Bapa masalah Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1MDB
      1 = Satu
      M = Malaysia
      D = Dalam
      B = Bahaya

      Padam
    2. Tun M : Memalukan Malaysia
      Ah Jib Gor : Ada Ku Kesah
      Tun M ; Najib harus letak jawatan
      Ah Jib Gor : Kau suruh aku letak jawatan? Ha ha ha . Ini pahlawan Bugis dan aku takkan letak jawatan. Anak kau yang aku akan ku paksa letak jawatan. Dan sekarang siapa dilucut jawatan? Ini pahlawan Bugis. So dont play play.
      Ahmad Bashah yang kaki tidur lebih bagus dari anak kau.
      Tun M : kau betul betul tak malu
      Ah Jib Gor : Nak malu apa ?
      Money talk . CASH IS KING.
      Tun M : kau tak takut Rakyat tak sokong ?
      Ah Jib Gor : Aku tak takut dengan sesiapa pun . Semuanya boleh dibayar. Jadi tiada siapa aku nak takut. Cuma aku takut satu sahaja.
      Tun M : Siapa?
      Ah Jib Gor : Bini aku

      To all Dedak-dedakman jangan marah.
      Hanya gurau hari cuti.
      Boleh happy happy

      Padam
  3. Tabung haji nak bagi bonus sampai kena jual bagunan komersil berpuluh tingkat di london dengan harga lebih RM 200 juta, KWSP dan KWAP pun jual bagunan berpuluh tingkat di london juga apahal? Nak umum kononnya banyak duit untuk umum bonus ke?


    Zaman Najib ni harta negara banyak terlepas ke tangan pihak asing kerana nak tunjuk bergaya walaupun menyebabkan kerajaan terjerumus ke arah papa kedana.

    Selamatkan Malaysia demi Agama, Bangsa, dan Negara.

    Sedarlah semua,

    Ikhlas daripada

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Razak baginda akhirnya mengaku terima sebanyak Euro 30 juta bersamaan RM 137 juta dari Thales, syarikat yang jual kapal selam scorpene tu, kononnya kos perundingan, tapi perundingan apa? Razak baginda bukannya pakar pembinaan kapal selam sampai perlu bayar khidmat perundingan daripadanya, jadi kos Euro 30 jut a.k.a RM 137 juta perundingan untuk apa? Tak apa, nanti dalam mahkamah Razak bainda kena terangkan, sebab mahkamah tu di Perancis, Peguam Negara yang teliti kes itu pun Peguam Negara Perancis, bukannya Apandi Ali yang direkomendasi secara penipuan oleh Najib tau.

    Selamatkan negara ini demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. Runding la bro....
    Tak percaya lagi ke....
    Runding macamana nak selam Altantuya...
    Kahkahkah
    Makhluk sialan...

    BalasPadam
  6. Saya percaya itulah modal awal yang najib gunakan untuk jatuhkan imej paklah dan beli sokongan ketua bahagian. Sudah tak ada apa yang dapat dibanggakan dengan kepimpinan umno sekarang.. hanya kuasa rakyat melakui undi yang mampu menjahanamkan kerja jahat mereka.

    BalasPadam
  7. Hahaha 1malaysia tahu ajibun takut bini...
    Makne takkanya bini puaka mendrem india mari....muka pun dah macam nenek sihir....
    Hahahaaahah

    BalasPadam
  8. UMNO hanya laku bagi golongan warga emas di kampung2 dan di felda felda sbb golongan mereka hanya brkiblatkan tv 1 2 3suku 7 9
    Kitab mereka utusan malaysia berita harian dn yg sana waktu dengannya...
    Umno parti 47%

    BalasPadam
  9. Putra Merdeka. Puihh! sendiri angkat jadi Putra. Berapa banyak masyuk buat kerja menghina orang ni.

    Melalak-lalaklah setinggi gunung. kami peduli apa. Najib tatap menjadi pujaan hati kami!

    Katalah nak kata apa pun kami penjilat tegar kah kaki ampukah namun Najib tatap menjadi pujaan hati kami!. Bukan macam mamak Madey kaki merajuk dan pentingkan kaum keluarga, suka dipuji suka diampu tapi dengan anak betina LGBT takut kena sergah. Porahh!

    Dengan sendirinya gelaran NagaRawan terlucut lucut bersama konco-konco komunis bertopeng Putra Merdeka.

    Najib Tatap Menjadi Pujaan Hati Kami!

    Ada buah kerandut siarlah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah wah...pencacai pemakan dedak najip dapat berapa ringgit komen camni? Hahaha

      Padam