Memaparkan catatan dengan label menteri pengajian tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri pengajian tinggi. Papar semua catatan

Selasa, 6 Julai 2010

UITM Tenggara Dibawa Lari Ke Pasir Gudang !!!



Baru baru ini Dato Seri Mohd Khalid Nordin telah menerima tamparan dan kecaman dari Pemuda UMNO Bahagian Tenggara apabila beliau mengumumkan perpindahan pembinaan UITM yang asalnya dicadang dibina di Tenggara telah dipindahkan ke Pasir Gudang atas alasan kos yang terlalu tinggi jika dibina di Tenggara.

Awal bismillah katanya Menteri Besar Johor YAB Dato Ghani Othman telah mengumumkan kelahiran Akedemik City atau Bandar Pendidikan Negeri Johor terletak di Parlimen Tenggara.

Pada 2007, Menteri Pengajian Tinggi waktu itu Dato Mustapa Mohamed telah mengumumkan pembinaan UITM yang baru terletak di dalam Parlimen Tenggara semasa beliau merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara.

Pihak UITM juga dikhabarkan telah membayar premium tanah seluas 500 ekar di Ladang Yayasan Pelajaran Johor, berhampiran Orchard Golf Resort yang terletak didalam Parlimen Tenggara.

Begitulah senarionya dari awal hingga lah YB Dato Seri Mohd Khalid Nordin menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan mengumumkan perpindahan pembinaan UITM tersebut ke Bandar Seri Alam di dalam Parlimen Pasir Gudang semasa Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 27hb Jun yang lalu.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara Sdr Abd Halim Abd Jalil ‘Khalid menafikan hak rakyat luar Bandar yang telah dijanjikan pembinaan Universiti di Parlimen Tenggara, Khalid menafikan hasrat YAB Menteri Besar untuk menjadikan Parlimen Tenggara sebagai Bandar Pendidikan Negeri Johor. Khalid tamak apabila menggunakan kuasanya sebagai Menteri untuk ‘melambakkan’ pembangunan didalam kawasan Parlimen beliau di Pasir Gudang.’

Beliau menambah bahawa ‘ Seharusnya Khalid berbincang dengan MB dan UMNO Tenggara dalam membuat keputusan tersebut, Ini kerana UMNO dan BN Tenggara telah menjanjikan kepada rakyat dan pengundi bahawa Parlimen Tenggara bakal mendapat sebuah Universiti dalam pilihanraya 2008 yang lalu.’

‘Pemuda telah membangkitkan perkara ini didalam mesyuarat UMNO Bahagian yang lalu, Ketua Bahagian YB Dato Badri dan Ahli Parlimen Tenggara YB Datuk Halimah Siddiq turut sama membantah akan perpindahan UITM tersebut.’ Tambah beliau.

KEPADA SDR KHAIRI, AZAM DAN SUHAIMI NAMPAKNYA KENA TENGOK DAN JAWAB ISU INI, YANG PASTI SAHABAT PENULIS SDR RAMLI PASTI AKAN MENJAWABNYA NANTI....

TUNGGU!!!