Selasa, 6 Julai 2010

UITM Tenggara Dibawa Lari Ke Pasir Gudang !!!



Baru baru ini Dato Seri Mohd Khalid Nordin telah menerima tamparan dan kecaman dari Pemuda UMNO Bahagian Tenggara apabila beliau mengumumkan perpindahan pembinaan UITM yang asalnya dicadang dibina di Tenggara telah dipindahkan ke Pasir Gudang atas alasan kos yang terlalu tinggi jika dibina di Tenggara.

Awal bismillah katanya Menteri Besar Johor YAB Dato Ghani Othman telah mengumumkan kelahiran Akedemik City atau Bandar Pendidikan Negeri Johor terletak di Parlimen Tenggara.

Pada 2007, Menteri Pengajian Tinggi waktu itu Dato Mustapa Mohamed telah mengumumkan pembinaan UITM yang baru terletak di dalam Parlimen Tenggara semasa beliau merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara.

Pihak UITM juga dikhabarkan telah membayar premium tanah seluas 500 ekar di Ladang Yayasan Pelajaran Johor, berhampiran Orchard Golf Resort yang terletak didalam Parlimen Tenggara.

Begitulah senarionya dari awal hingga lah YB Dato Seri Mohd Khalid Nordin menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan mengumumkan perpindahan pembinaan UITM tersebut ke Bandar Seri Alam di dalam Parlimen Pasir Gudang semasa Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 27hb Jun yang lalu.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara Sdr Abd Halim Abd Jalil Khalid menafikan hak rakyat luar Bandar yang telah dijanjikan pembinaan Universiti di Parlimen Tenggara, Khalid menafikan hasrat YAB Menteri Besar untuk menjadikan Parlimen Tenggara sebagai Bandar Pendidikan Negeri Johor. Khalid tamak apabila menggunakan kuasanya sebagai Menteri untuk ‘melambakkan’ pembangunan didalam kawasan Parlimen beliau di Pasir Gudang.’

Beliau menambah bahawa ‘ Seharusnya Khalid berbincang dengan MB dan UMNO Tenggara dalam membuat keputusan tersebut, Ini kerana UMNO dan BN Tenggara telah menjanjikan kepada rakyat dan pengundi bahawa Parlimen Tenggara bakal mendapat sebuah Universiti dalam pilihanraya 2008 yang lalu.’

‘Pemuda telah membangkitkan perkara ini didalam mesyuarat UMNO Bahagian yang lalu, Ketua Bahagian YB Dato Badri dan Ahli Parlimen Tenggara YB Datuk Halimah Siddiq turut sama membantah akan perpindahan UITM tersebut.’ Tambah beliau.

KEPADA SDR KHAIRI, AZAM DAN SUHAIMI NAMPAKNYA KENA TENGOK DAN JAWAB ISU INI, YANG PASTI SAHABAT PENULIS SDR RAMLI PASTI AKAN MENJAWABNYA NANTI....

TUNGGU!!!

8 ulasan:

  1. pembela rakyat johor6 Julai 2010 pada 1:24 PTG

    saya yakin, DS Khalid tamak haloba... kalau dia jadi MB Johor habis la nanti pusat pentadbiran johor ditukarkan ke Pasir Gudang pulak... dahlah pasir didugangkan... nanti kena tukar nama Parlimen Projek Gudang... Sdr Halim teruskan!!!!! jgn takut dengan cemuhan sebab saudara dilaluan betul... lawan sampai hak rakyat didahulukan....

    BalasPadam
  2. Salam.

    Pembinaan kampus UITM di negeri Johor dalam bukanlah isu yang baru, ia adalah kesinambungan dari usaha menyatukan beberapa pusat-pusat kursus UITM yang bersepah-sepah di sekitar daerah Johor Bahru.

    Memang tidak di nafikan dalam perancangan awal, Kerajaan negeri akan mewujudkan satu pusat pendidikan secara berkelompok atau zon pendidikan yang menempatkan beberapa buah pusat pendidikan seperti Universiti, MRSM, kolej komuniti, Pusat kemahiran dan pelbagai pusat pengajian awam dan swasta dalam satu zon.Waktu itu projek pembangunan wilayah Iskandar belum lagi muncul dalam kepala otak Tun dol.

    Apabila Wilayah Iskandar telah di isytiharkan maka suatu usaha untuk membangunkan wilayah ini perlu di lakukan dengan teratur dan terancang, dengan pembahagian wilayah ini kepada 5 Zon pembangunan maka telah nampak kepada DS Khalid Nordin akan potensi kawasan Seri Alam ini di bangunkan sebagai bandar Pendidikan, seperti kehendak perancangan awal untuk mewujudkan bandar/ pusat pendidikan berkelompok.

    Dengan beberapa pusat pengajian yang telah sedia ada seperti Politeknik, Kolej Komuniti, ILP, UniKL, PUSPATRI, kolej kejururawatan, Pusat kemahiran dan akan datang UITM maka lengkaplah sebuah bandar pendidikan yang di impikan oleh kerajaan negeri.Dan telah di takdirkan bahawa Seri Alam mempunyai potensi untuk itu maka tak salahlah UITM itu di bawa ke bandar pendidikan ini.

    Kawasan Pasir Gudang ini juga lengkap dengan kemudahan infrastruktur yang sedia ada dan akan di bina seperti lebuhraya 3 lorong, Jambatan kedua Permas, Lebuhraya Senai Desaru maka amat sesuailah kampus UITM itu di bina di Seri Alam.

    Satu lagi faktor utama adalah kerana migrasi penduduk yang berhijrah dari seluruh pelusuk negara ke kawasan Pasir Gudang menjadikan ianya kawasan yang padat penduduk dan mempunyai estate perumahan yang lengkap untuk kemudahan penduduk. Suatu ketika dulu Kawasan Pasir gudang ini macam seri gading aje. Tapi hari ini ia mampu membangun dan sesuai untuk menjadi bandar pendidikan.

    Buat saudara Halim,fikirlah masak-masak jangan jadi telor separuh masak, apa kau dah terangkan kat pemuda UMNO supaya bangkit menyerang pembangkang, jangan jadi jaguh menyerang pemimpin sendiri.DS Khalid tidak ada kuasa untuk heret UITM ke Pasir Gudang, cuma takdir menyebelahi Pasir Gudang.Kalau UITM kat tempat yang kau katakan tu aku khuatir impian kerajaan negeri nak wujudkan bandar pendidikan akan lambat terlaksana.

    Apapun aku menyeru semua penyokong kerajaan sokong cadangan yang di buat demi untuk kebaikan bersama. Untuk pembela rakyat johor komen kau serupa macam komen-komen puak PAS, penuh hasad dengki,dan suka mengapi-apikan orang, tak elok menuduh tamak haloba kepada pemimpin yang banyak jasa.....heeee.

    BalasPadam
  3. Dalam isu UITM dilarikan daripada kawasan Tenggara ke Pasir Gudang, jelas menunjukkan bahawa YB Datuk Khalid menggunakan kematangannya sebagai Menteri KPT untuk membuat perubahan yang lebih baik. Saya AMAT BERSETUJU dengan apa yang dilakukan oleh YB Datuk Khalid.

    Sebagai seorang BEKAS PELAJAR YPJ, saya melihat inilah salah satu kelemahan (daripada beribu kelemahan) yang telah dibuat YAB MBJ yang selama 4 PENGGAL meneraju JOHOR. Saya melihat YAB MBJ memang LEMAH dalam pentadbiran.

    Selepas saya belajar di YPJ, saya terus mengikuti perkembangan YPJ Pendidikan yang semakin MERUDUM dan mungkin akan terus TERKUBUR beberapa tahun lagi kerana kedangkalan Pengerusinya (MBJ). MBJ adalah Pengerusi YPJ, dia jugalah Pengerusi anak syarikat YPJ HOLDINGS dan dia jugalah Pengerusi YPJ Pendidikan.

    Selama tertubuhnya kolej2 YPJ daripada 1996 hingga saat ini, MBJ belum pernah sekali pun membuat LAWATAN di kolej2 YPJ. Kolej yang terlalu UZUR..ada bekas CEO YPJ Pendidikan menggelarkan Kolejnya sendiri "KOLEJ KANDANG KAMBING"...sebagai pelajar saya amat sedih ketika itu.....dan akhirnya saya keluar pun jadi KAMBING. Guna sijil YPJ tak dapat2 kerja.....memang betul
    lah saya jadi kambing.

    Kalau kita lihat senario SIME DARBY yang rugi berbillion kerana kedangkalan Pengerusi dan Ahli Lembaganya, tak mustahil YPJ Pendidikan akan juga terKUBUR kerana kedangkalan Pengerusinya yang TAMAK jawatan.....

    Saya yakin, tindakan YB Datuk Khalid memindahkan UITM dari kawasan Tenggara ke Pasir Gudang adalah untuk mengelak daripada UITM dan kawasan Tenggara menjadi seperti kawasan2 milik YPJ yang lain.

    Kalau kawan2 nak tau....YPJ dulu ada CyberWarung, BUNGKUS..... Dulu ada hotel, BUNGKUS.... Dulu ada air mineral, BUNGKUS.... dulu ada Kuari, BUNGKUS.....Golf, hidup macam MATI.... haaa sat lagi KOLEJ2 pun BUNGKUS....

    ITU SEBAB SAYA SOKONG YB KHALID pindah UITM ke PASIR GUDANG.....

    BalasPadam
  4. Salam bro.

    Penempatan UITM di kawasan Parlimen Pasir Gudang, khususnya di kawasan Seri Alam bukanlah tindakan tamak haloba DS Khalid Nordin seperti yang di tomahkan oleh pembela rakyat johor yang komennya saling tak tumpah seperti penulis upahan al khawarij yang sentiasa penuh dengan hasad dengki dan suka melaga-lagakan orang.

    Biar aku kasitahu engkau orang keputusan menempatkan UITM di kawasan Seri Alam adalah satu keputusan yang BIJAK bagi merialiasasikan impian kerajaan negeri untuk mewujudkan satu Zon.atau kawasan pendidikan berkelompok atau lebih jelas di panggil sebagai BANDAR PENDIDIKAN @ ILMU yang moden dan lengkap.

    Kawasan Parlimen Pasir Gudang di lihat sebagai sebuah kawasan yang sangat berpotensi untuk mewujudkan Bandar Ilmu kerana di situ sudah ada Politeknik, Kolej Komuniti, UNiKL, ILP, PUSPATRI, Pusat giat, bakal ada MRSM, Kolej Kejururawatan, IKM dan termasuklah UITM. maka lengkaplah kawasan itu sebagai kawasan atau Bandar Pendidikan di negeri Johor. Akan datang kalau anak Halim atau Halim sendiri nak belajar boleh lah datang Seri Alam masuk UITM. Tak perlulah buat demo segala.

    Dahulu Seri Alam nie macam Seri Gading aje, tapi oleh kerana migrasi penduduk dari seluruh Negara bertumpu ke kawasan ini maka banyaklah estate perumahan di buka yang mampu menanpung penghijrahan masuk penduduk. Jadi dari segi penempatan pelajar tidaklah jadi masalah, tak payah lah lagi bina asrama atau beli tanah lagi untuk buat asrama, selain itu juga kawasan Pasir Gudang ini amat pesat pembangunan infrastrukturnya dengan pembesaran Lebuhraya Pasir Gudang menjadi 3 lorong , Jambatan kedua permas, Lebuhraya Senai – Desaru yang memudahkan aliran pergerakan darat.

    Jadi dalam keadaan kerajaan yang akan bangkrap 2019 nanti, maka menempatkan UITM di Bandar Seri Alam adalah lebih cerdik tindakkannya daripada buat demo atau menuduh pemimpin sebagai tamak.

    BalasPadam
  5. pe hal beb wa hantar komen 2 kali tak masuk, salah ke wa cakap

    BalasPadam
  6. baguslah kalau UiTM dibuka di Bandar Seri Alam. bertambahlah lg bilangan institusi pendidikan di BSA selain UniKL, MRSM, Sekolah Seni, Universiti MasterSkill. akan tercapailah matlamat DS Khalid utk menjadikan Pasir Gudang sbg Hub Pendidikan..

    aku pn akan merasai kebaikkannya kerana aku baru beli rumah di BSA..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.....
    ada 2000 student UiTM bakal menyewa di luar...
    so rebutlah peluang yang ada...
    dapatkan berbanyak rumah yang dilelongkan di Seri Alam untuk dijadikan aset anda

    BalasPadam
  8. hahaha... senang2 buat dkt pontian je uitm tuh

    BalasPadam