Memaparkan catatan dengan label menteri tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri tidur. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2016

Menteri Tidur..!


Tentunya pengguna lah yang akan menjadi mangsa apabila peniaga mahu mengembalikan modal sewa yang begitu besar..!

Menteri tidur, sewa tapak bazar Ramadan cecah RM39 ribu – IKHLAS


Pihak KPDNKK juga tidak seharusnya menyalahkan perniagaan apabila mereka menjual harga makanan mahal, kerana terpaksa membayar sewa yang mahal kepada PBT.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya pandai bercakap sebaliknya gagal turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga.
Bidasan itu dibuat Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah selepas mendakwa peniaga bazar Ramadan dikenakan caj sewa tapak niaga yang terlalu tinggi, mencecah RM39 ribu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Sebaliknya pihak KPDNKK menyalahkan pihak peniaga apabila harga makanan dinaikkan bagi menampung kos tapak yang terlalu tinggi itu.
“Menteri sepatutnya turun padang dan menyelesaikan masalah peniaga kerana bazar Ramadan di bawah seliaan KPDNKK. Mereka dikenakan caj sewaan tapak dari RM10 ribu hingga RM39 ribu.
“KPDNKK juga tidak seharusnya menyalahkan peniaga semata-mata apabila mengenakan harga makanan mahal. KPDNKK hanya tahu salahkan peniaga, mereka tidak tahu masalah ini berpunca daripada pihak lain, sepatutnya mereka berunding dengan pihak PBT yang mengenakan sewa yang tinggi,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Hamzah selaku menteri yang bertanggungjawab kena perbanyakkan aktiviti turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi peniaga.
“Kami harap menteri ini jangan menggunakan teori (pandai bercakap), sebaliknya kena praktikal (turun padang), kalau cara menteri nak selesaikan masalah rakyat pun tak betul kesannya adalah kepada kerajaan, kerana rakyat akan mula hilang sokongan terhadap pemerintah (BN),” katanya.
Biro UMNO yang buat program turun padang belum sampai KPDNKK kot..!
Rosak la kalau ahli politik pun kena joint program turun padang..! habis kalau tak turun padang mereka turun ke mana? padang golf???
Lu Fikir La Sendiri!!!