Memaparkan catatan dengan label mh 370 hilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mh 370 hilang. Papar semua catatan

Isnin, 24 Mac 2014

MH 370 ~ Australia Sahkan, China Tidak, AS Gagal Kesan & FBI Sedang Siasat..!


PM telah dihubungi oleh PM Australia…

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini mengesahkan penemuan dua objek di kawasan pencarian, kemungkinan serpihan milik penerbangan MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku menteri pengangkutan itu mengesahkan perkara itu pada sidang media hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

"Hari ini, Perdana Menteri Australia telah menghubungi Perdana Menteri memberitahu mengenai penemuan dua objek di kawasan pencarian. "Dua objek tersebut berbentuk bulat dan segi empat," kata Hishammuddin.

Sementara China masih tidak dapat mengesahkan


BEIJING: Kerajaan China tidak dapat mengesahkan objek yang ditemui oleh pesawat tentera China mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang.

Komen telah dibuat oleh Jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei pada taklimat berita harian, Isnin.

Hong berkata kapal China dijangka akan mula tiba di kawasan carian di selatan Lautan Hindi pada Selasa.

Agensi berita rasmi Xinhua sebelum ini melaporkan bahawa anak kapal pesawat China telah melihat 'dua objek mencurigakan' di selatan Lautan HIndi.

Objek yang lebih besar adalah "putih dan persegi", tambahnya.

Amerika pulak gagal mengesan..

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menyatakan pesawat P-8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, pesawat pencarian paling canggih di dunia, gagal menemui objek yang dikesan pesawat China yang mencari petanda pesawat MH370 di Lautan Hindi awal hari ini. 

"Sebuah P-8 Poseidon Tentera Laut AS ditugaskan menyiasat objek yang dikesan pesawat China dari ketinggian 33,000 kaki. 

' Objek berkenaan dilaporkan dikesan pesawat China ketika dalam perjalanan pulang ke Perth. Model hanyutan sedang diambil di kawasan itu. Pesawat P-8 tidak dapat mengesan semula kedudukan objek itu," kata jurucakap wanita AMSA dalam jawapan yang diemelkan kepada Reuters. 

Menurut laporan agensi berita Xinhua, pesawat Ilyushin IL-76 China mengesan dua objek terapung yang "agak besar" dan beberapa objek putih yang lebih kecil tersebar sejauh beberapa kilometer. - Reuters.

FBI pulak akan mula menjalankan siasatan keatas isteri pilot kapten Zaharie..

PETALING JAYA: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menyoal isteri Kapten Zaharie Ahmad Shah menurut laporan tabloid British, Daily Mirror.

Laporan pada Isnin menyatakan bahawa isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Faizah Khan akan disoal dalam penyiasatan yang disokong oleh FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang yang telah memasuki minggu ketiga.

Ejen perisikan Amerika dikatakan akan menerajui siasatan menjurus kepada latarbelakang Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang beliau Fariq Abdul Hamid, 27.

Walau bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

Ia memetik sumber sebagai berkata: "Nampaknya tidak apa-apa dalam kehidupan Fariq Hamid yang dapat mencadangkan motif rampasan.

"Kehidupan peribadi Zaharie, bagaimanapun, adalah jauh lebih rumit dan sedang dalam proses untuk membongkarkannya."

Laporan itu menambah siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungan politik beliau.

Mereka juga dikatakan berminat untuk memeriksa laporan bahawa Zaharie menerima panggilan telefon dua minit sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri menggunakan nombor telefon bimbit yang diperolehi menggunakan identiti palsu.

Polis Bukit Aman bagaimanapun pada hari Ahad menafikan laporan tabloid British Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata.

The Daily Mirror juga melaporkan bahawa FBI berharap untuk mencari petunjuk dari tiga skrin simulator penerbangan rumah Zaharie di mana beliau bermain tiga permainan - Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X- Plane 10.

Ejen FBI di Amerika Syarikat terus memeriksa cakera keras simulator dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku atau mengenai fail yang telah dipadam, menurut laporan.

Pihak berkuasa juga dikatakan telah menamatkan pusingan kedua tapisan bagi setiap penumpang, termasuk dua warga Iran yang membuat kunjungan menggunakan pasport palsu.

Lu Fikir La Sendiri!!!

MH 370 ~ Antara Nasib Baik & Buruk..!

Nasib baik sebab…


BEIJING: Anak kapal pesawat China mendakwa mengesan beberapa 'objek mencurigakan' di zon mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi yang sedang giat dijalankan hari ini.

Agensi berita Xinhua berkata, objek 'putih dan empat segi' dikesan oleh penyelidik di dalam pesawat Ilyushin-76.


'Anak kapal pesawat mengesan objek berkenaan di kordinat 95.1113 darjah timur dan 42.5453 darjah selatan dan terus memaklumkannya ke pusat kawalan dan kapal pemecah ais China, Xuelong, yang kini sedang menuju ke lautan berkenaan," kata Xinhua. - AFP


Nasib buruk yang juga masih bernasib baik

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon pada 23 Mac telah dilencongkan ke Hong Kong kerana kegagalan generator pesawat yang menjana bekalan elektrik.

Namun demikian, bekalan elektrik disambung bekalannya oleh Unit Bekalan Bantuan. Pesawat itu kemudiannya dilencongkan ke Hong Kong untuk dibaiki dan mendarat dengan selamat.

MH066 yang dikendalikan oleh pesawat A330-300 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 11.37 malam dan dijaduallkan tiba di Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan.

Kesemua 271 penumpang dipindahkan ke pesawat lain. Penerbangan pulang MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 18 Mac 2014

MH370 ~ Pilot Belajar Mendarat Di Diego Garcia..!!!


Apa perlunya kapten pesawat belajar mendarat di Diego Garcia?


Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.


Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.



Macam makin terang dan jelas jer…!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 15 Mac 2014

MH370 ~ Pesawat Masih Dikesan Sehingga Jam 8.11 Pagi Sabtu..!


Sehingga Jam 8.11 Pagi baru hilang dari satelit?

SEPANG - Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.

Perdana Menteri dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.

Najib berkata, misi mencari dan menyelamat MH370 kini memasuki fasa terbaru apabila lokasi pencarian dialih ke koridor utara dan selatan.

Jelasnya, kemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand.

Teori kedua, pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi.

Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370.

Dalam pada itu, Najib menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas.

"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang 

Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Lu Fikir La Sendiri!!!