Memaparkan catatan dengan label mkpn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mkpn. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

Fungsi Ahli MKPN Ialah Jadi Jurucakap Kristian..!



Nampaknya tugas ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara ( MKPN ) bukan menjaga keharmonian rakyat dan negara tapi lebih kepada menjaga kepentingan puak Kristian..! 

Dulu pun kita tahu si Mujahid dan Nurul bercakap membela isu Murtad didalam gereja..! Bukan main bernafsu lagi si Nurul dan Mujahid bercakap…

Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Sesat lagi menyesatkan ler…!

Kini, bila timbul isu kalimah, Ahli Majlis MKPN ini pun bersuara lagi..

Ahli Parlimen Pas-Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sebelum tindakan tegas itu diambil, Jais sepatutnya boleh duduk berbincang serta berunding secara 'hikmah' dengan pihak berkepentingan agama.


Nak bincang apa? bincang ni dengan orang yang memang nak berbincang..! yang ikhlas dan jujur dengan kata kata dan tingkah laku..! bukannya dengan puak yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait..! yang memang ada agenda mahu mengkapirkan seramai mungkin umat Islam…! Apa punya bangsat pemimpin PAS ni???
Sekor lagi yang kita semua maklum ialah betina Marina Mahathir…! ini pun dah macam macai kristian dah..! Jadi kalau ditelek telek dan ditengok direnung, orang Melayu yang beragama Islam didalam MKPN ni dah bercakap membela puak Kristian sedangkan yang memang kristian dan kapir dalam majlis tu masing masing zip mulut..!

Sebab? sebab kerja dia orang dah ada hamba abdi yang konon beragama Islam menjadi macainya..! membela dan mempertahankan kapir lebih dari agama yang mereka dakwa mereka imani..!

Iman jenis apa ni?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 27 November 2013

Khas Untuk ORANG UMNO Ajer…!


Ahli UMNO dan pembangkang jangan baca..!

Ini pun antara idea hebat para punahsihat RM7.2 Bilion punya kerja…mahal dan mengesankan..kan? kan..?

Apabila bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin Umno segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.
Namun, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.
Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-
Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:
Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Di mana pemimpin dan ahli Parlimen Umno dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik ahli Parlimen Umno atau daripada kalangan Ahli Majlis Tertinggi Umno menganggotai majlis itu?
Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, Umno sebagai parti teras dalam kerajaan dipinggirkan?
Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?
Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah Umno di dalamnya hanyalah melalui Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi Saifuddin telah kalah dalam pilihan raya dan pemilihan Umno yang lalu.
Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam Umno.
Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan mewakili Umno dalam memberi cadangan dan kepentingan Melayu dalam soal perpaduan ini?
Komposisi ahli-ahli majlis MKPN ini juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding kaum lain. Melayu dan Umno sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN ini.
Ramai juga yang keliru mengapa Najib melantik artis Wardina menganggotai majlis ini kerana beliau diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerapkali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di Twitter.
Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?
Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya.
Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu, kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu.
Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya. – shahbudindotcom.blogspot.com,  27 November, 2013.
Lu Fikir La Sendiri!!!