Aiikk..baru sahaja minggu lepas bersama sama Najib dalam forum WIEF di Jakarta..! tup tup..! dah balun???
Bekas TPM: Malaysia sedang merosot seperti Filipina dulu
Malaysia sedang mengalami kemerosotan dan boleh berakhir sebagaimana pernah dialami Filipina, kata bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam.
Beliau berkata sejak kerajaan berhadapan dengan skandal-skandal mega, perkara-perkara lain, seperti kejadian tembakan pada siang hari, tidak diuruskan dengan baik.
Katanya, rakyat kini biasa dengan situasi itu dan seperti berlaku di Filipina pada zaman lalu apabila rakyatnya membawa senjata untuk mempertahankan diri.
Beliau berkata ini adalah kebiasaan terbaru di Malaysia.
"Saya rasa negara bergerak menuruni bukit. Kelajuannya perlahan, tetapi ia boleh menjadi cepat".
"Saya menyaksikan Filipina pada masa lalu, ia pergi ke arah negara gagal..."
Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran buku barunya di Kuala Lumpur hari ini, Musa berkata: "Itulah yang sedang berlaku di negara kita."
Musa menegaskan sesetengah pihak melihat penyingkiran Najib sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan dilema dihadapi Malaysia sekarang.
"Saya tidak mengatakannya. Ia mungkin, tetapi kamu perlu melalui proses itu," katanya sambil menambah perkara yang terbaik untuk dilakukan kerajaan adalah membiarkan rakyat meluahkan pandangan mereka.
"(Perhimpunan) BERSIH akan datang, kamu boleh mengotorkannya atau kamu boleh menjayakannya. Selama kamu membenarkan orang ramai menyatakan pandangan mereka, selagi kamu tidak mencari alasan untuk memenjarakan rakyat," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai perhimpunan BERSIH 5.0, beliau memberikan jawapan lucu: "Saya tak akan mudah berikan awak tajuk berita," menyebabkan wartawan yang hadir ketawa.
Musa juga dilaporkan berkata..
BN akan mengadakan pilihan raya umum "tidak lama lagi" sebelum Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad bertapak, ramal bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam.
"Saya nak beritahu anda yang saya fikir BN akan adakan pilihan raya tidak lama lagi.
"Jika benar, cabaran terbesar bagi mereka yang menentang kerajaan adalah untuk bersama dan menjadi kuasa yang padu," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku terbarunya di Kuala Lumpur.
Beliau berkata satu lagi cabaran untuk pembangkang adalah mengenai pengagihan kerusi.
"Mereka mesti menang pilihan raya dan untuk memenangi pilihan raya, mereka mesti (bersetuju) mengenai peruntukan kerusi. Itulah kemuncaknya.
"Mereka mesti mempunyai pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi. Kebanyakan pada masa lalu, ia tidak pernah berhasil," kata bekas timbalan presiden Umno itu.
Musa, bagaimanapun, enggan meneka bilakah tarikh tepat pilihan raya umum akan datang.
Mengulas isu penubuhan parti BERSATU...
"Secara keseluruhannya, saya harap mereka (BERSATU) akan menjadi gabungan Malaysia yang sebenarnya. Terpulang kepada keupayaan kepimpinan," kata Musa.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau menyokong konsep sistem dua parti dan akan gembira melihat pembangkang yang kuat bagi tujuan semak dan imbang.
Kehadiran Muhyiddin pada majlis pelancaran buku itu sebelum ini menimbulkan kehairanan tetapi Musa menafikan bahawa beliau telah menerima jemputan untuk menyertai parti baru.
"Mereka adalah kawan saya. Muhyiddin adalah kawan saya," katanya
Ada yang sakit perut???
Kebenaran bukan boleh dijual beli..!
Lu Fikir La Sendiri!!!