Memaparkan catatan dengan label najib saman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib saman. Papar semua catatan

Sabtu, 18 April 2015

Setuju..!


Setuju sangat..! malah sepatutnya dari awal lagi Najib menyaman kaki fitnah dan putar belit fakta ni..! Biar dia muflis dan hilang hak sebagai wakil rakyat serta tutup kedai..! 

Najib Razak dan isteri memfailkan saman fitnah kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan pemilik portal MediaRakyat Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak. Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah ini "kenaikan harga bahan api akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian", dalam satu forum pada November tahun lepas. 
Manakala Media Rakyat disaman kerana menyebarkan rakaman video tersebut, tanpa memastikan kesahihan kenyataan tersebut.

Mungkin punahsihat punya sel sel lutut sudah mula berhubung..!

Apapun tindakan begini perlu diambil..! Syabas..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 7 Mac 2015

Saman..!


Zaman saman menyaman..! Tak cukup tanah lari nanti..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 7 Disember 2014

Style Masing Masing..!


Lain hulu..lain parang..!

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya tidak perlu gentar jika dikritik atau difitnah oleh pembangkang dan ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang ahli politik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bagaimanapun berkata tindakan Najib yang mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa pemimpin PR itu adalah hak beliau untuk kepentingan politiknya.

"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.

"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua varian baharu Proton Suprima S di Solaris Dutamas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perdana Menteri yang menyaman Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ekoran kenyataan mereka terhadapnya mengenai 1MDB pada 3 November lalu.

Surat tuntutan kepada dua pemimpin PR itu dihantar pada 21 November lalu yang ditandatangani oleh peguamnya, Datuk Mohd Hafarizan Harun yang meminta mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari dalam akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga diminta mengeluarkan video itu dari internet, menghentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.

Rafizi baru-baru ini telah mengulangi cabarannya agar Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mengenai subsidi minyak.

Lu Fikir La Sendiri!!!