Ahad, 7 Disember 2014

Style Masing Masing..!


Lain hulu..lain parang..!

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya tidak perlu gentar jika dikritik atau difitnah oleh pembangkang dan ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang ahli politik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bagaimanapun berkata tindakan Najib yang mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa pemimpin PR itu adalah hak beliau untuk kepentingan politiknya.

"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.

"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua varian baharu Proton Suprima S di Solaris Dutamas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perdana Menteri yang menyaman Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ekoran kenyataan mereka terhadapnya mengenai 1MDB pada 3 November lalu.

Surat tuntutan kepada dua pemimpin PR itu dihantar pada 21 November lalu yang ditandatangani oleh peguamnya, Datuk Mohd Hafarizan Harun yang meminta mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari dalam akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga diminta mengeluarkan video itu dari internet, menghentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.

Rafizi baru-baru ini telah mengulangi cabarannya agar Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mengenai subsidi minyak.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Kalau emak, bapa, keluarga kita di kritik hebat tanpa asas, perlukah berdiam diri ?

    Begitu juga kita apabila bersengkang mata demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara.

    Islam jelas menyatakan hak-hak peribadi, kaum keluarga, harta benda dan sebagai nya termasuk kepimpinan negara, negeri, penduduk dan rakyat jelata. Menjadi jihad dalam mempertahankan maruah, ummah dan Islam. Jika tidak, betapa hina nya kita di sisi Tuhan Satu yang di sembah.

    BalasPadam
  2. Patutnya ISMA/NGO-NGO Islam-Melayu-TULEN juga MENYAMAN Khazanah Nasional/Kem. Pengangkutan kerana MENGGADAI MAS pd. warga asing - dgn. mengambil CEO Jerman! Dahlah paramugari Islam/melayu MAS diDISKRIMINASI pakai tudung dan diPAKSA hidangkan arak!

    Inilah akibatnya bila si PENGKHIANAT-LIBERAL Islam/Melayu terus MENGUASAI UMNO - keuntungan/WANG melebihi segalanya termasuk identiti/KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ini serta ISLAMhak umatnya!

    Dahlah si HIPOKRIT-KEPARAT NGO Tranparency International yg. asyik nak masuk hal-ehwal kat Malaysia ni berpusat di JERMAN, pusat ZIONIS no-1 di EU - lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

    Tengok sajalah RASUAH berleluasa kat Jerman - lihat di http://wolfstreet.com/2013/12/30/leaked-confession-cesspool-of-greek-german-corruption-2/, LEAKED Confession: Cesspool Of Greek-German Corruption, by Wolf Richter, December 30, 2013!

    Bahkan kat Jerman yg. kononnya negara industri-no-1 kat dunia, lagi lawak! Banyak flat-flat yg. dibina oleh sy. gergasi yang MEMONOPOLI industri pembinaan/perumahan (selalunya dari keturunan Jerman terkaya, berzaman) untuk si miskin terutamanya puak imigran - dinding nipis dari 'cardboard'! Itulah jenis dunia KAPITALIS Barat/Zionis-PENIPU/PEROMPAK/amat TAMAK!

    Dan lebih dari 300 serangan ke atas MASJID-MAJID serta umat Islam di Jerman - tapi 88% kes tak diselesaikan pun oleh POLIS mahupun PERISIKnya yg. disyaki dikuasai ejen NAZI/ZIONIS-anti Islam- lihat di http://www.islamophobiawatch.co.uk/turkish-parliament-report-88-of-attacks-on-german-mosques-unsolved/#more-38818 , Turkish Parliament report: 88% of attacks on German mosques unsolved, Posted on November 20, 2014 by Bob Pitt , Today’s Zaman, 2014!

    Dan lihat ini di mana disyaki puak PERISIK Jerman BEKERJASAMA dgn. puak NAZI-anti Islam untuk MEMBUNUH lebih kurang 18 orang, yg. MAJORITI usahawan Turki-Islam - di http://www.wsws.org/en/articles/2013/11/14/nsu-n14.html, New evidence points to German secret service collaboration with far-right NSU, By Christoph Dreier , 14 November 2013!

    Nenek TUA Sambal Petai.




    BalasPadam
  3. Dan mulai sekarang aku akan BOILKOT MAS! Boleh BERAMBOS!!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam