Memaparkan catatan dengan label nawawi tuan ibrahim 1mdb mo1 najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nawawi tuan ibrahim 1mdb mo1 najib jahanam. Papar semua catatan

Rabu, 24 Ogos 2016

Nawawi Mengaku Najib MO1..?


Bila dah terlalu kekenyangan...serba serbi silap...! Akhirnya minta maaf..! Soalnya rosak yang dah berlaku boleh ke dibersihkan dengan hanya perkataan maaf..!

Apakah betul cara seorang Ahli Parlimen BN memohon maaf kepada Yang Di Pertuan Agong dengan menulis surat? apakah betul dengan kata kata dan ayat yang di ungkap?

Seharusnya ia bermula dengan permohonan mengadap dan sekiranya diperkenankan maka urusan tersebut selesai..! Namun sekiranya tidak diterima mengadap barulah boleh tampil dengan mengemukakan surat khusus..! Bukannya secara surat terbuka..! 

Tapi apakah perkataan saya, memohon maaf sesuai dengan adab dan budaya negara yang mengangkat Raja berpelembagaan? Mana perginya adab berdatang sembah, memohon ampun, patik, menjunjung setia dan lain lain lagi? 

Ini ke cara dan perilaku seorang pemimpin yang kononnya faham dan tahu mentafsir Perlembagaan?

Seperkara lagi...kalau bukan Agong maknanya Nawi mengatakan Najib sebagai MO1?

Mungkin Nawi juga baru sedar dan segera mengambil semangat Rahman Dahlan yang tidak mahu dikategorikan sebagai bodoh apabila masih lagi tak tahu siapa yang dimaksudkan dengan MO1 oleh DoJ..!

Jelas dan pasti ialah kebodohan baru tidak akan mampu menutup kebodohan yang telah pun berlaku..! Faham?

Najib juga boleh belajar dari Tuan Ibrahim bagaimana mahu merungkaikan siapa MO1..!

Layan...

Tuan Ibrahim saran PM buat teka teki MO1

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disaran supaya 'bermain teka-teki' mengenai identiti sebenar Malaysia Official 1 (MO1) bagi mengelak kekeliruan seperti terjadi ke atas Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Najib boleh memberi beberapa bayangan serta sifat MO1 bagi memudahkan orang ramai meneka identiti sebenar di sebalik istilah berkenaan.
“Untuk mengelakkan kekeliruan berpanjangan di kalangan Umno-BN dan tercetusnya mangsa kedua yang dikaitkan dengan MO1, Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Umno dan BN perlu memberitahu siapa MO1 sebenar.
“Jika tidak dapat dinamakan, bolehlah membuat teka-teki dengan memberi bayangan: Rambut putihnya, bentuk rupanya, siapa isterinya dan juga hubungannya dengan Riza Aziz dan kedudukannya di 1MDB,” sindir Tuan Ibrahim dalam kenyataan dikeluarkan beliau hari ini.
Disebabkan tiada pengesahan identiti orang dikenali sebagai MO1 dalam saman sivil Jabatan Kehakiman AS beberapa tekaan dibuat.
Nawawi baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mencadangan MO1 itu adalah Yang di-Pertuan Agong.
Beliau bagaimanapun memohon maaf hari ini.
Saman DOJ itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa AS menyita aset bernilai kira-kira AS$1.5 bilion yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB.
Antara aset yang dimaksudkan ialah rumah mewah, lukisan, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood The Wolf of Wall Street.
Bersihkan nama Agong
Selain jutawan kontroversi Jho Low turut dinamakan dalam dokumen itu ialah anak tiri Najib, Riza Aziz, yang turut menerbitkan filem berkenaan.
Dalam laporan DOJ itu turut menyebut nama MO1 lebih daripada 30 kali.
Kata Tuan Ibrahim tindakan Najib diperlukan bagi mengelak insiden mengaitkan MO1 dengan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah tidak berulang.
Katanya, sekiranya identiti MO1 tersebut didedahkan, pasti tidak ada anggota parlimen Umno atau BN boleh mengaitkan Agong.
Tuan Ibrahim turut memberi cadangan supaya Najib meminta maaf bagi pihak Nawawi kerana mengaitkan Agong dalam hal berkenaan.
“Saya pasti kalau Nawawi diberi maklumat yang betul, beliau tidak akan tersilap meneka siapa sebenarnya MO1, dan BN tidak akan dimalukan lagi dengan tekaan yang jelas jauh tersasar,” katanya.
Tuan Ibrahim juga berkata, ketelanjuran Nawawi itu adalah bukti mengapa Majlis Raja-Raja disaran menyiasat 1MDB dan mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau turut mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja yang terdiri daripada ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam supaya ditubuhkan segera.
Ia bertujuan untuk menyiasat skandal 1MDB sebagai usaha menyelesaikan isu 1MDB dan juga membersihkan nama Agong.
Sebenarnya tindakan Nawawi itu mudah dibaca sebagai usaha menutup kertas siasatan dan laporan polis yang sudah dibuat agar pihak berkuasa menyiasat dan menemukan siapakah MO1 yang dimaksudkan..! 
Ianya dibaca sebagai satu tindakan mahu melindungi..! mahu menutup..!
Hakikatnya rakyat dah lama tahu siapa MO1..!
Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!