Memaparkan catatan dengan label nazir razak ringgit jatuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nazir razak ringgit jatuh. Papar semua catatan

Khamis, 13 Ogos 2015

Nazir Razak Meluahkan Keresahan Rakyat..!


Para juak dan pengampu semuanya kata kejatuhan nilai ringgit bagus..! good..! baik..! 

Agaknya kalau lepas ni barang import seperti beras, gula, tepung, alat ganti mesin dan kenderaan dan banyak lagi yang dibawa masuk mengalami kenaikan harga tentu para penjilat akan kata..rakyat ikat perut..! jangan membazir..! jangan makan nasi dan macam macam lagi kenyataan GILA yang seGILA lutut si penuturnya..! 

Dasar penjilat...nak wat camner..!!!

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak hari ini tampil antara individu yang bimbang terhadap penyusutan nilai ringgit yang mencecah RM4 berbanding 1 dolar Amerika ketika ini.
Adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu melalui laman perkongsian gambar Instagram, memuat naik gambar bertajuk "FBM KLCI approaches 1,600 level, ringgit breaches 4 vs USD." (FBM KLCI mencecah paras 1,600, ringgit melepasi 4 berbanding AS$).
"Ini masa yang genting untuk diganggu dengan politik dan terlalu banyak liputan media negatif. Pasukan kewangan kita yang terbaik, paling berkredibiliti dan berpengalaman berdepan krisis perlu diletak di hadapan pasaran segera," katanya.
Ringgit merupakan mata wang Asia dengan prestasi terburuk sejak tahun lalu dan ia mencecah paras RM4 pagi semalam.
Ringgit diniagakan 4.0075 berbanding dolar Amerika pada awal dagangan, paling lemah sejak September 1998 berbanding nilai tertinggi 2.939 pada 27 Julai 2011.
Pelbagai pihak mendakwa kejatuhan ringgit disebabkan keadaan global semasa, kejatuhan nilai yuan, harga komoditi dan skandal semasa Najib.
Najib kini berdepan dengan pelbagai kontroversi, termasuk skandal hutang RM42 bilion syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Selain menerima desakan bertubi-tubi daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meletakkan jawatan, Najib juga baru-baru ini menukar peguam negara, melantik ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam Kabinet dan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri yang dilihat sebagai usaha membersihkan namanya dalam skandal 1MDB.
Pelantikan beberapa ahli sebagai timbalan menteri menyebabkan pendengaran 1MDB pada bulan ini oleh PAC tertangguh ekoran pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed kini menjadi timbalan menteri dalam negeri.
Kenyataan Nazir ialah kenyataan rakyat..! kenyatan serius yang meresahkan rakyat..! 
Dibandingkan pula dengan kenyataan GILA para penjilat...agak agak apa nak jadi pada parti dan kerajaan dalam pilihanraya akan datang? Akal yang waras pasti dah tahu musibah dan bahana yang bakal menimpa..!
Jadi nak tunggu apa?
Lu FIkir La Sendiri!!!