Khamis, 13 Ogos 2015

Nazir Razak Meluahkan Keresahan Rakyat..!


Para juak dan pengampu semuanya kata kejatuhan nilai ringgit bagus..! good..! baik..! 

Agaknya kalau lepas ni barang import seperti beras, gula, tepung, alat ganti mesin dan kenderaan dan banyak lagi yang dibawa masuk mengalami kenaikan harga tentu para penjilat akan kata..rakyat ikat perut..! jangan membazir..! jangan makan nasi dan macam macam lagi kenyataan GILA yang seGILA lutut si penuturnya..! 

Dasar penjilat...nak wat camner..!!!

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak hari ini tampil antara individu yang bimbang terhadap penyusutan nilai ringgit yang mencecah RM4 berbanding 1 dolar Amerika ketika ini.
Adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu melalui laman perkongsian gambar Instagram, memuat naik gambar bertajuk "FBM KLCI approaches 1,600 level, ringgit breaches 4 vs USD." (FBM KLCI mencecah paras 1,600, ringgit melepasi 4 berbanding AS$).
"Ini masa yang genting untuk diganggu dengan politik dan terlalu banyak liputan media negatif. Pasukan kewangan kita yang terbaik, paling berkredibiliti dan berpengalaman berdepan krisis perlu diletak di hadapan pasaran segera," katanya.
Ringgit merupakan mata wang Asia dengan prestasi terburuk sejak tahun lalu dan ia mencecah paras RM4 pagi semalam.
Ringgit diniagakan 4.0075 berbanding dolar Amerika pada awal dagangan, paling lemah sejak September 1998 berbanding nilai tertinggi 2.939 pada 27 Julai 2011.
Pelbagai pihak mendakwa kejatuhan ringgit disebabkan keadaan global semasa, kejatuhan nilai yuan, harga komoditi dan skandal semasa Najib.
Najib kini berdepan dengan pelbagai kontroversi, termasuk skandal hutang RM42 bilion syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Selain menerima desakan bertubi-tubi daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meletakkan jawatan, Najib juga baru-baru ini menukar peguam negara, melantik ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam Kabinet dan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri yang dilihat sebagai usaha membersihkan namanya dalam skandal 1MDB.
Pelantikan beberapa ahli sebagai timbalan menteri menyebabkan pendengaran 1MDB pada bulan ini oleh PAC tertangguh ekoran pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed kini menjadi timbalan menteri dalam negeri.
Kenyataan Nazir ialah kenyataan rakyat..! kenyatan serius yang meresahkan rakyat..! 
Dibandingkan pula dengan kenyataan GILA para penjilat...agak agak apa nak jadi pada parti dan kerajaan dalam pilihanraya akan datang? Akal yang waras pasti dah tahu musibah dan bahana yang bakal menimpa..!
Jadi nak tunggu apa?
Lu FIkir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. kan da kata,usd mengukuh berbanding smua matawang..dah tu nak buat mcm mana..skit2 nak kaitkan dgn 1mdb..klu aku ada adik mcm nazir aku ludah muka dia...klu ko bin razak baginda dan bukan bin tun razak..takdanye ko jd ceo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suruh najib turunkan semua harga barang2 dia kan ke PM mewakili semua rakyat

      Padam
  2. Kau jilat le Anuar Ibrahim

    BalasPadam
  3. menteri kewangan kan ado...cecah rm 5 pun tak apo ...us 700 juta tukar rm tentu jadi 3.5b...wowww..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nazir razak ni dari dulu tak sehaluan dgn abgnya yg serupa lanun, dgn setan tino gemuk tu lg lah dia menciii...

      Padam
  4. Aku rakyat biasa beli beras, tepung, kentang, gula x mahal pun. Adalah lebih kurang rm2 lebih je sekilo. macam harga lama juga. Nazir ni propa je lebih kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.... segala benda nak dipolitikkan... agak2la!

      Padam
    2. Macam mana najib nak tahu kesusahan rakyat dia dikelilingi golongan pengampu

      Padam
  5. aku cakap dah.....orang kaya pasti gelabah. kita orang tak berapa kaya ni....dah biasa makan pucuk paku makan ikan darat.

    BalasPadam
  6. Dalam adik beradik pun, tak semua CERDIK; ada yg. BANGANG, ada yg. TAMAK nak MAMPOS!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  7. Masa utk berjimat. Org malaysia dh biasa layan mkn luar. Hujung minggu breakfast kdai mamak satu fmly. Fast food lunch. Dinner tomyam. Tkde nk msk. Mmg mewah org mlaysia ni. Kat oversea yg betul loaded bru ade maid . so terbiasa snang dan tbiasa brg murah.

    BalasPadam
  8. Ooo, baru aku tau. Blog ni rujuk malaysianinsider yg ulas pasal kenyataan nazir. Nazir punye kenyataan sket je. Yg lebih2 tu MI. Blog ni lak g kutip. Dh jd blog pembangkang dah.

    BalasPadam
  9. Rakyat disuruh berjimat cermat, najib dan rosmah boleh hidup bermewah mewah, anak2 berpesta di kelab malam mewah.

    Oooo betul gak, najib tu kan ke golongan bangsawan...mana dia tahu kehidupan susah.

    BalasPadam
  10. Bila adik kandung sendiri pun dah bimbang dan tak tenang ,apa tah lagi orang lain kecuali penjilat ,pengelap dan tukang kek.

    BalasPadam
  11. Rakyat dah fed up dengan Najib. Rakyat mahu perubahan.

    BalasPadam
  12. NIlai RM jatuh sebab kejatuhan harga mintak dan komuditi dunia

    Lepas tu, ada pulak puak puak yg beri persepsi buruk dan mensabotaj ekonomi negara..
    Mereka ni penglhianat..

    Lepas tu kata macam macam pada Kerajaan...

    BalasPadam