Bangsa lain boleh jadi ahli sekutu
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan bahawa bangsa lain juga boleh menyertai parti politik baru yang bakal diterajuinya, tetapi hanya sekadar ahli bersekutu.
“Mereka punya hak sama kecuali untuk bertanding mana-mana jawatankuasa. Namun boleh dilantik untuk menganggotai mana-mana jawatan,” katanya.
Bekas timbalan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya.
Beliau juga mengesahkan laporan media bahawa parti itu akan dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Selain Muhyiddin yang bakal menjadi presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi pengerusinya.
Keahlian parti ini terbuka kepada semua yang berstatus pribumi, Melayu dan bumiputera termasuk org asli di Sabah dan Sarawak.
Wadah baru perjuangan suci lagi abadi..! UMNO sudah dikhianati oleh pemimpinnya dimasa ini..!
Demi mempastikan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, Agama dan Bangsa terus terpelihara..! Agama diangkat..! Bangsa bermartabat..! Negara Berdaulat..!
Demi mempastikan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, Agama dan Bangsa terus terpelihara..! Agama diangkat..! Bangsa bermartabat..! Negara Berdaulat..!
Bangkit menolak kemungkaran yang merosakkan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!