Berkorban? atau hanya layak jadi lembu untuk dibuat korban..! Nasib PAS hari ini apabila dipimpin oleh pemimpin yang bacul, lemah berjiwa hamba..!
SHAH ALAM - Pas membuat pengorbanan apabila jumlah Exco Selangor dari parti itu dikurangkan menjadi tiga berbanding empat sebelum ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pengorbanan itu dilakukan demi melihat krisis di Selangor selesai, dan PR boleh bergerak ke hadapan.
"Walaupun ia di luar jangkaan, tetapi Pas menerimanya dengan hati terbuka. Kita memahami ‘kesukaran membuat pilihan’ oleh menteri besar Mohamed Azmin Ali .
“Bagaimanapun, Pas yakin beliau (Mohamed Azmin) berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya," katanya dalam sebuah portal berita, semalam.
Lu Fikir La Sendiri!!!

