Walaupun Bangla di atas tu mempunyai iras yang hampir serupa namun ianya bukan orang yang sama..!
Itu jelas..! 2 orang berbeza..!
Sama juga dengan ni...
Polis dijangka siasat pegawai atasan Bank Negara
Polis dijangka mengambil keterangan daripada seorang pengarah Bank Negara Malaysia dan beberapa kakitangannya esok berkaitan surat yang dibocorkan kepada The Wall Street Journal.
Menurut sumber, satu pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan memanggil pengarah Jabatan Perisikan Kewangan Bank Negara dan akan melihat kepada kes pengubahan wang haram.
"Ini akan menjadi sebahagian daripada proses untuk menentukan sama ada surat yang dibocorkan kepada The Wall Street Journal itu adalah sahih," katanya kepada Malaysiakini.
Pasukan polis khas itu bertanggungjawab dalam kes-kes berprofil tinggi.
Berikutan itu, sumber itu berkata, kenyataan juga akan direkodkan daripada anggota-anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Jika surat itu didapati tulen, kita perlu mengetahui bagaimana ia telah bocor," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakinibahawa kakitangan Bank Negara akan disoal mengenai isu itu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan anggota PAC disoal, dengan mengatakan kenyataan akan direkodkan daripada semua individu yang polis percaya boleh memberi penerangan tentang kes itu.
Selepas surat itu, yang berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap WSJ.
Bagaimanapun, Najib berkata beliau tidak dapat mengesahkan jika surat itu adalah tulen.
WSJ, yang dituduh sebahagian daripada kempen untuk menggulingkan Najib telah memaparkan salinan surat itu di Twitter, dan kemudian di tweet semula oleh ketua editor Asianya, Tom Wright.
Surat itu adalah dari Bank Negara kepada pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin.
Dokumen tersebut kononnya mengesahkan Good Star Limited dimiliki jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star, yang sejak dibubarkan, dimiliki bekas rakan kongsi dan usaha sama 1MDB, PetroSaudi International.
Siasat la..! tapi Khalid jangan pula lari dari menyiasat isu pokok..! isu yang lebih besar..! Isu yang melibatkan wang rakyat dan negara yang didakwa hilang dan di selewengkan..!
Walaupun melanggar undang undang dengan membocorkan maklumat yang di kelasifikasikan sebagai OSA namuan jika ianya bermanfaat dan berjaya membuka pekung dan punca kepada skandal penyelewengan dana negara yang berbilion ringgit tentunya rakyat dan negara perlu berterima kasih atas pembongkaran tersebut..!
Cari dan bawa ke pengadilan mereka yang melakukan jenayah kepada rakyat dan negara..!
Jangan konar..! Lagi pun..sejak bila pulak maklumat syarikat swasta boleh mengancam keselamatan negara???
Lu Fikir La Sendiri!!!
