Memaparkan catatan dengan label pengampu najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengampu najib. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2016

Penjilat..!


Patut ler..!

Mereka bukan lagi wakil rakyat, tetapi orang suruhan Najib – Mahathir

Mahathir mendakwa ada ahli UMNO yang mengakui disogok RM1 juta hingga RM2 juta yang menyebabkan mereka tidak mendedahkan jenayah yang berlaku

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa mulut ahli-ahli UMNO telah disumbat dengan dedak yang menyebabkan mereka tidak dapat bersuara atau menegur presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana kata bekas Perdana Menteri itu, ada ahli UMNO yang mengakui disogok RM1 juta hingga RM2 juta yang menyebabkan mereka tidak mendedahkan jenayah yang berlaku.
“Mereka mengia apa sahaja. Sesungguhnya mereka bukan lagi wakil rakyat yang (dipilih rakyat) tetapi sudah jadi orang suruhan Najib. Dasar dan perjuangan parti tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka.
“Demikian juga dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian. Mereka tidak ada suara lagi setelah melihat seorang naib ketua bahagian yang menegur presiden dipanggil oleh polis, disoal, dimasukkan dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya menerusi catatan terbaru beliau di blog chedet.cc. hari ini.
Tambahnya, apabila ada pemimpin yang menyeleweng, perlembagaan negara ini memberi hak kepada wakil rakyat untuk membuat undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat.
“Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain daripada dua orang ahli UMNO, ahli-ahli UMNO yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan.
“Rakyat kehilangan suara secara menyeluruh. Semua peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang berkenaan kebebasan bersuara sudah dibatalkan.
“Melapor kepada polis berkenaan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin juga bukan sahaja tidak berkesan tetapi yang melapor sendiri dimasuk dalam tahanan,” katanya.
Dedak ropernya yop..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 26 Oktober 2015

Apabila Pengampu Jadi Menteri..!


Terpahat didalam lipatan sejarah negara apabila seorang yang berjaya secara konsisten menentang pihak yang melawan bosnya diangkat sebagai Menteri..! 

Lebih lagi orang yang ditentang olehnya ialah Negarawan yang telah memberikannya ruang dan peluang untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri..!

Tapi apabila tidak lagi bergelar CM dan diangkat menjawat jawatan sebagai MP biasa barangkali mula timbul rasa tak puas hati dan seterusnya menyimpan perasaan marah tersebut..!

Di Sabah pun semua orang tahu bagaimana permainan yang dimainkan hingga group Musa dan Shafie langsung tidak boleh di 'aman' kan..! 

Ramai orang tahu siapa tangan hitam dibelakang pergeseran ini..! Di Sabah orang ramai tahu bagaimana permusuhan Musa dan Shafie memberi 'keuntungan' kepada seseorang..!

Realitinya ada yang 'kenyang' dengan kedudukan di DUN dan kini beralih ke pusat atas sebab yang semua rakyat tahu dan dapat lihat..!

Sebagai seorang yang tiada pengalaman di Kementerian banyak cerita menarik timbul. Almaklum...mesyuarat post cab oun tak pernah masuk..! Timbalan Menteri pun kerja dah macam Menteri..!

Kementerian pun meriah sekarang ni..! Menteri dikatakan lebih gemar kepada cerita Sabah dan politik sahaja..! SUSK baru ok tak? Itu chapter lain yang boleh kita kongsikan..! 

Berkokok lah pengampu untuk terus 'merelavankan' dirinya sebagai pengampu terunggul..! Dinyanyikan bahawa Najib pada waktu itu kekal dengan kesetiaannya terhadap Pak Lah..!

Masing masing menghidu..!

Kesetiaan apa jika mahu mengambil tempat Paklah? Kesetiaan apa jika juak nya pada waktu itu saban hari menuding jari itu dan ini berkaitan kelemahan pentadbiran Pak Lah?

Semua orang tahu bagaimana gerakan dari dalam dilakukan..! Data Flight yang membawa Ketua Bahagian terbang kesana sini pun masih tersimpan rekodnya..! 

Keruk mana tahu semua ni? Keruk hanya budak picisan politik yang telah hanyut jauh dari gerakan massa politik ketika itu..!

Cuma boleh kita rekodkan bahawa pengampu@penjilat tetap pengampu@penjilat walau jawatannya tinggi melangit..!

Itu bezanya pengampu@penjilat zaman Najib..!

Lu Fikir La Sendiri!!!